Ancaman Trump terhadap BRICS isyarat Malaysia perlu bersifat berkecuali
Ancaman daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) yang mahu mengurangkan pergantungan kepada dolar AS atau ‘dedolarisasi’ memberikan isyarat supaya Malaysia perlu bersifat berkecuali dan tidak menjadi penyokong kuat kepada mana-mana pihak. ‘Dedolarisasi’ merujuk kepada pendekatan mengguna pakai mata wang tempatan antara negara […]
Nazri Khan harumkan nama Malaysia, catat ‘hatrik’ berganda Juara Trader Dunia
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Nazri Khan sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila menjadi juara ‘hatrik’ berganda perdagangan pasaran hadapan dunia. Nazri Khan yang juga Pengurus Dana Bertauliah Malaysia mencatatkan kejayaan ‘hatrik’ berganda itu sebagai Juara Trader Dunia dalam World Cup Trading Championship (WCTC). Dengan pulangan tahunan luar biasa sebanyak 1,062.7 peratus, Nazri Khan mengukir nama […]
Nazri Khan cipta sejarah, rakyat Malaysia pertama ‘Juara Trader Dunia’
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Nazri Khan diiktiraf ‘Malaysia Book Of Records’ sebagai individu pertama Malaysia yang menjadi juara perdagangan pasaran hadapan dunia pada 2024. Beliau yang juga Pengurus Dana Bertauliah Malaysia telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa sebelum ini apabila dinobatkan sebagai Juara Trader Dunia 2024 pada Kejohanan Piala Dunia Perdagangan dengan rekod pulangan […]
Trump jadi Presiden AS…ini saham-saham yang dijangka meningkat
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia pada minggu depan akan menyaksikan berlaku trend ‘perdagangan Trump’, sebagai tindak balas terhadap kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS). Penganalisis pasaran, Datuk Dr Nazri Khan, berkata perdagangan Trump atau ‘Trump trade’ merujuk kepada strategi atau tindakan dagangan yang berkaitan dengan dasar ekonomi dan perdagangan yang diperkenalkan oleh Trump. Beliau […]
Belanjawan 2025 besarkan kumpulan pertengahan, gaji RM5,000 ke RM15,000
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2025 yang dibentangkan minggu lalu mampu untuk mengubah sistem pengkelasan pendapatan isi rumah sedia ada di Malaysia daripada berbentuk ‘piramid’ kepada kelas pendapatan berbentuk ‘berlian’ seperti yang terdapat di kebanyakan negara maju berpendapatan tinggi sekarang. Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan berkata, ketika ini kategori pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20 […]
Belanjawan 2025 bukan ‘hukuman’ kepada golongan mahakaya, T15
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2025 bersifat propertumbuhan yang sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada kelompok 85 peratus kumpulan berpendapatan terendah atau memberikan tekanan kepada kelompok 15 peratus rakyat berpendapatan tertinggi yang disebut sebagai golongan mahakaya atau T15. Pengarang Berita Ekonomi BH, Kamarulzaidi Kamis, berkata belanjawan terbesar dalam sejarah itu sebaliknya mempunyai pelbagai inisiatif yang akan memberi manfaat […]
Impak positif kenaikan gaji minimum bakal dirasai semua lapisan
KUALA LUMPUR: Peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dan kesan limpahannya kepada ekonomi negara serta pendapatan rakyat. Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, berkata setiap inisiatif di dalam Belanjawan 2025 adalah mempunyai hubung kait antara satu sama lain […]
Malaysia dinilai sebagai pasaran saham berkualiti oleh pelabur asing
KUALA LUMPUR: Unjuran penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) menjurus pelabur asing untuk kembali ke rantau Asia Tenggara dan melihat Malaysia sebagai satu destinasi pasaran saham yang berkualiti dari segi ketelusan perniagaan, unjuran keuntungan yang tinggi serta kecairan pasaran yang mencecah RM2 trilion. Ketua Pegawai Pelaburan Berjaya Mutual Bhd, Datuk Dr Nazri Khan, berkata dengan […]
Bursa Malaysia jatuh dua hari berturut-turut
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini ketika pasaran menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) juga kekal dalam keadaan stabil susulan pembetulan pasaran berikutan kenaikan baru-baru ini. Pada 5 petang, FBM KLCI […]
Indeks saham KLCI berpotensi lonjak kepada 1,600 mata tahun ini – Penganalisis
KUALA LUMPUR: Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur mencecah paras sekitar 1,600 pada tahun ini. Ia disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan, peningkatan pendapatan korporat serta penilaian yang menarik, kata Interpacific Asset Management. Ketua Ahli Ekonomi dan Pengurus Dana Datuk Dr Nazri Khan juga mengunjurkan aliran FBM KLCI dalam anggaran 15 kali […]