BERITA

Ancaman Trump terhadap BRICS isyarat Malaysia perlu bersifat berkecuali

Ancaman daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) yang mahu mengurangkan pergantungan kepada dolar AS atau ‘dedolarisasi’ memberikan isyarat supaya Malaysia perlu bersifat berkecuali dan tidak menjadi penyokong kuat kepada mana-mana pihak.

‘Dedolarisasi’ merujuk kepada pendekatan mengguna pakai mata wang tempatan antara negara berdagang bagi mengurangkan peranan dolar AS sebagai mata wang dagangan.

Penganalisis ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan, berkata sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, Malaysia perlu memastikan ia kekal sebagai destinasi mesra pelaburan dan rakan dagang yang boleh dipercayai.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *