KUALA LUMPUR: Datuk Dr Nazri Khan sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila menjadi juara ‘hatrik’ berganda perdagangan pasaran hadapan dunia.
Nazri Khan yang juga Pengurus Dana Bertauliah Malaysia mencatatkan kejayaan ‘hatrik’ berganda itu sebagai Juara Trader Dunia dalam World Cup Trading Championship (WCTC).
Dengan pulangan tahunan luar biasa sebanyak 1,062.7 peratus, Nazri Khan mengukir nama dalam sejarah dengan rekod pulangan suku tahunan berturut-turut iaitu 302.5 peratus, 179.6 peratus, 357.2 peratus dan 223.4 peratus sepanjang empat suku tahun berturut-turut.