Seminar
Buka rahsia kejayaan kewangan dengan program-program kelas saham yang ditawarkan oleh Dato’ Dr. Nazri Khan.
Seminar Terkini

Menang Saham 2.0
Pelajari rahsia di sebalik usaha DDNK menjadi Juara Trader Dunia 2024 melalui Seminar Menang Saham

M.U.S.T
Mulakan masa depan kewangan anda bersama M.U.S.T (Money, Understanding, Strategy, Transformation)
Lain-Lain Seminar Bawah Anjuran DDNK
Labur Berhemah
Program Labur Berhemah ini ditujukan khusus untuk pelabur baru yang ingin memahami dasar-dasar pelaburan dan kepentingan melabur secara sah.
Program ini perkongsian dan bimbingan khusus untuk membantu peserta memahami pelbagai aspek pelaburan, termasuk risiko dan keuntungan, jenis-jenis pelaburan, dan bagaimana untuk memulakan pelaburan dengan cara yang sah dan efektif.
Jumpstart Gold
Dalam program Jumpstart Gold yang dianjurkan oleh Dato’ Dr. Nazri Khan, peserta difokuskan pada pengenalan perdagangan emas. Dalam sesi ini, peserta akan mempelajari asas-asas perdagangan emas menerusi platform Zoom.
Dengan tumpuan pada pengenalan perdagangan emas secara terperinci, peserta akan diberi penerangan tentang analisis pasaran emas, konsep-konsep asas, serta strategi dasar untuk memulakan perdagangan emas.
Peserta juga dibimbing untuk membina asas yang kukuh untuk memahami cara perdagangan emas secara efektif. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami dunia perdagangan emas dalam talian melalui pendekatan yang menyeluruh dan praktikal.
Amazing Investor
Amazing Investor ialah satu program pendidikan mengenai pelaburan jangka masa pendek yang dibawakan oleh Dato’ Dr. Nazri Khan. Inisiatif unik ini membuka ruang untuk mereka yang tiada pengalaman ataupun ilmu dalam perdagangan jangka masa pendek untuk memulakan perjalanan mereka sebagai seorang trader.
Peserta diajar tentang cara pembelian saham sama ada ekuiti ataupun opsyen. Selain itu, pelajar juga diajar ilmu analisa teknikal dimana pelajar boleh membuat analisa sendiri ke atas sesuatu carta saham dan membuat keputuasan sendiri sama ada untuk beli atau jual.
Firebrand Trader
Dalam program Firebrand Trader, peserta didedahkan oleh Dato’ Dr. Nazri Khan mengenai dunia pelaburan saham secara jangka masa pendek. Pelbagai strategi dan indikator analisa teknikal diajar dalam program ini.
Pada penghujung program ini, peserta berpengetahuan tentang risiko dan ganjaran dalam perdagangan jangka masa pendek serta berkebolehan untuk membuat analisis harga agar mereka sendiri membuat keputusan untuk jual beli.
Selain itu, program ini juga menyentuh aspek psikologi dan pengurusan modal dalam perdagangan agar keputusan yang dibuat adalah lebih selamat untuk meminimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan.
Advanced Option
Dato’ Dr. Nazri Khan membuka ruang untuk peserta mendalami ilmu pelaburan jangka masa pendek dalam program Advanced Option. Dengan ilmu strategi opsyen, pelajar meningkatkan aspek serba boleh dan kebolehsuaian untuk menghadapi dunia saham yang dinamik.
Peserta bukan sahaja diajar dari aspek teori malahan secara praktikal agar lebih mudah diaplikasikan dalam perdagangan. Ini juga membolehkan peserta untuk menguasai pelbagai strategi opsyen supaya peserta boleh bertindak kepada sebarang pergerakan harga saham dengan strategi opsyen yang bersesuaian.
Scalper
Program Scalper merupakan program terunggul Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) dimana ianya adalah hasil kajian dan ujian beliau sendiri selama lebih 10 tahun. Peserta diberi fokus khusus kepada teknik perdagangan jangaka masa super pendek, iaitu scalping.
Bukan itu sahaja, Dato’ Dr. Nazri Khan sendiri memberi panduan dan tunjuk ajar mengenai strategi-strategi scalping yang efektif dan memberikan penekanan kepada aspek-aspek seperti pengurusan risiko secara cermat, serta alat analisa teknikal yang sesuai untuk seorang scalper.
Program ini juga membuka ruang untuk peserta mempraktikkan strategi-strategi scalping secara selamat melalui simulasi, membolehkan mereka mengasah kemahiran peserta sebelum mengambil langkah ke arah perdagangan yang benar.