KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia pada minggu depan akan menyaksikan berlaku trend ‘perdagangan Trump’, sebagai tindak balas terhadap kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).
Penganalisis pasaran, Datuk Dr Nazri Khan, berkata perdagangan Trump atau ‘Trump trade’ merujuk kepada strategi atau tindakan dagangan yang berkaitan dengan dasar ekonomi dan perdagangan yang diperkenalkan oleh Trump.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Pelaburan Berjaya Mutual Bhd berkata, ia merangkumi langkah seperti tarif perdagangan, sekatan ke atas negara tertentu, serta dasar ‘America First’ yang menekankan kepentingan industri dalam negara.