Bekerjasama Bersama DDNK
Membina Kerjaya Sebagai Marketing Representative (MR)
Marketing Representative (MR) bertindak sebagai orang tengah bagi pihak principal (institusi pelaburan) yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan klien, membuat aktiviti pemasaran, dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada klien yang berdaftar dengan principal.
Skop kerja terbatas kepada memperkenalkan klien sahaja. MR sama sekali tidak dibenarkan untuk mengambil pesanan pelanggan, melaksanakan perdagangan atau memberi nasihat urus niaga.
Kelayakan Untuk Menjadi Marketing Representative
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma yang diiktiraf kerajaan
- Perlu menghadiri kursus ‘familiarisation programme for MR’ yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Sekuriti selama 2 hari
- Lulus uijian penilaian MR
Kelebihan Menjadi Marketing Representative
- Boleh melakukan kerja secara part time.
MR mempunyai kelonggaran untuk bekerja secara separuh masa dimana mereka dibenarkan untuk mempunyai kerja hakiki dan menjalankan kerja sebagai MR pada masa yang sama. - Boleh mewakili lebih dari 1 principal pada satu masa yang sama.
Setelah tamat familiarisation programme dan lulus penilaian MR, anda boleh mendaftarkan diri di mana-syarikat broker yang anda ingin sertai dan anda boleh mendaftar dengan lebih dari 1 syarikat. - Peluang menjana pendapatan melalui komisyen dari servis yang ditawarkan oleh principal.
Jika anda berminat memulakan kerjaya sebagai MR bersama Inter-Pacific Asset Management dan ingin tahu benefit kerjaya sebagai MR, anda boleh hubungi kami di butiran perhubungan di bawah.
Hubungi Kami
- Mrs. Siti Muliani (VHI0010004) :+60164360423
- Mrs. Noor Dianie (VHI0010005) : +60146698307