KUALA LUMPUR: Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur mencecah paras sekitar 1,600 pada tahun ini.
Ia disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan, peningkatan pendapatan korporat serta penilaian yang menarik, kata Interpacific Asset Management.
Ketua Ahli Ekonomi dan Pengurus Dana Datuk Dr Nazri Khan juga mengunjurkan aliran FBM KLCI dalam anggaran 15 kali nisbah harga pendapatan (PER) yang seiring dengan julat konsensus iaitu 14.7 kali sehingga 15.2 kali.