TAHUN 2020 – Pasaran saham Malaysia mengalami fasa tidak menentu yang jarang berlaku sebelum ini, dipengaruhi oleh krisis global sepanjang tahun 2020.
Kemeruapan (volatility) dan ketidakpastian (uncertainty) telah menjadi ciri utama pasaran saham tahun ini, menyebabkan pelabur dan pedagang saham berdepan dengan suasana yang mencabar. Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd, mengingatkan bahawa sebelum ini pelabur dan pedagang hanya biasa dengan dua jenis pasaran: pasaran “bull” yang menunjukkan trend kenaikan dan pasaran “bear” yang menunjukkan trend penurunan.





