KUALA LUMPUR – Pakar pengurusan dan pelaburan kewangan, Datuk Dr Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK mendakwa beliau menjadi mangsa scammer yang melakukan aktiviti penyalahgunaan namanya untuk skim penipuan pelaburan tidak wujud.
Nazri berkata, beliau mengesan ada pihak atau individu yang menggunakan akaun palsu menerusi media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan laman web tertentu serta panggilan telefon untuk melakukan aktiviti penipuan.





