BERITA

Bursa dijangka diniaga lebih tinggi pada minggu pertama 2024

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi pada minggu pertama 2024 dengan kenaikan sederhana, didorong oleh saham perbankan dan teknologi.

Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Bhd Datuk Dr Nazri Khan menjangka pasaran tempatan akan diniagakan antara 1,450 dan 1,460 minggu hadapan dengan dijangka terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah.

“Selain itu, kami menyaksikan kenaikan pada akhir tahun didorong oleh faktor yang baik dan aktiviti memperelokkan akaun serta pengukuhan semalaman daripada Wall Street, selain petunjuk bahawa inflasi mereda dan kadar faedah dijangka turun,” katanya.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US