Artikel

Whatsapp akan membawa panggilan video dan suara ke platform komputer pada tahun hadapan

Jurucakap WhatsApp, iaitu salah satu aplikasi paling popular daripada Facebook Inc mengatakan bahawa ciri panggilan video dan suara menggunakan aplikasi WhatsApp di komputer merupakan aplikasi yang paling dinantikan oleh pengguna dan akan muncul dalam versi baharu yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Strategi untuk memindahkan panggilan ke skrin besar akan meletakkan WhatsApp setanding dengan syarikat-syarikat telekonferens gergasi seperti Zoom dan Google Meet. Namun, cita-cita untuk bersaing dengan kedua-dua syarikat gergasi tersebut masih boleh diragui.

Dengan kapasiti pengguna lebih daripada 2 billion orang di seluruh dunia, WhatsApp menduduki tempat kedua selepas aplikasi yang sama dikeluarkan dalam Facebook oleh syarikat Facebook Inc. Walau bagaimanapun, penggunaan aplikasi WhatsApp lebih menjurus kepada panggilan peribadi, dan ianya berlainan dengan Zoom dan Google Meet.

WhatsApp mengumumkan bahawa ia telah memberikan fungsi tersebut kepada sebahagian pengguna komputer sebagai fasa percubaan seiring dengan musim cuti yang sedang berlaku kini.

Kelangsungan gelombang kedua coronavirus (COVID-19) telah memaksa ramai orang di seluruh dunia untuk kekal di dalam rumah dan menyambut musim natal bersama rakan-rakan dan ahli keluarga lain dalam norma baharu melalui kemudahan talian Internet.

Seiring dengan kemajuan yang berlaku, Zoom Video Communcations Inc. Mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat yang lalu bahawa mereka telah membuang had masa 40 minit untuk semua akaun percuma sempena musim cuti ini.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US