Tahukah anda… Bukan semua orang bersetuju dengan penggunaan technical analysis. Tak sikit experts yang mengkritik dunia technical analysis kerana school of thought ni banyak menitikberatkan soal pergerakan harga tanpa mempedulikan soal fundamental.
Sebenarnya prinsip TA berpegang kepada premis “The Market Discounts Everything”. Yang mana membawa maksud apa-apa sahaja yang jadi pada carta saham, adalah bayangan kepada apa yang terjadi di dunia realiti.
Ini termasuklah refleksi kepada faktor fundamental, sentimen, dan geopolitik. Senang cerita kalau saham tu bagus, dah tentu orang suka. Dan bila lebih ramai yang beli, saham tu pasti akan naik. Maka mereka berpendapat kita tak perlu tahu apa yang terjadi dengan saham tu. Semuanya dah diceritakan dengan pergerakan carta saham.
Masuk je musim election, orang jadi takut kerana tak tahu lagi parti mana akan memerintah. Masa tu boleh nampak banyak saham yang berkaitan dengan parti politik ‘dibuang’ kerana ramai investor/trader nak ambil jalan selamat. Jadi peristiwa pilihanraya juga akan ‘tercatat’ atas carta saham.
Nak bagi analogi mudah, ibarat kita lihat seseorang. Cukup kita kenal dia dengan perbuatan dia. Kalau dia baik dia akan buat perkara baik. Sebaliknya, dia akan cenderung untuk buat perkara berlawanan. Tak perlu kenal semua orang secara detail asal-usul keluarga, tempat tinggal, usia, taraf pendidikan dan sebagainya.
Sebab tu orang-orang TA berpendapat psikologi dalam saham adalah lebih penting berbanding faktor lain. Kerana faktor psikologi inilah yang akan membentuk rantaian supply & demand.
0 Responses
Saya berminat
Saya nak beli saham.tapi masih keliru macam mana nak beli dan mula.serta procedure Dan nak tanya siapa