Minggu lalu memang menyakitkan apabila pasaran saham US membuat terjunan secara amnya. Ini dapat dilihat terutamanya pada indeks Nasdaq 100 yang kebanyakannya diwakili saham-saham teknologi.

Perhatian pelabur minggu lalu beralih kepada sektor tenaga (energy) & kewangan (financial) menandakan pembukaan ekonomi yang semakin rancak.
Fed yang kelihatan berat ke arah ‘dovish’, ditambah pula dengan harapan terhadap lebih banyak stimulus telah meningkatkan Treasury yields dan menyemarakkan kebimbangan terhadap inflasi.
Manakala saham bertemakan teknologi yang sudah bertahun mengetuai pasaran menerima tamparan hebat susulan kenaikan mendadak Treasury yields.
Saham-saham ini sangat terkesan dengan Treasury yields kerana nilai asetnya amat bergantung terhadap future earnings, yang mana ianya menyusut dengan banyaknya apabila kadar faedah (interest rates) meningkat.
Sumber: Reuters, Investing.com
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.
0 Responses
Tengok pada gambar rajah saham naik menjunam pada awal thn 2021 jika sampai penghujung lagi naik mengcunak syarikat2 saham dimalsysia dpt menyaingi global saham antarabangsa.
Saham apa yg bagus utk di beli