Artikel

Si Askar Putih & Si Gagak Hitam

Pernah dengar kisah si askar putih bersama si gagak hitam? Tentulah tak pernah kan… Sebab ini bukan cerita hikayat. Tetapi ini adalah nama candlestick patterns yang boleh dijadikan panduan dalam trade anda.

Sekiranya terjumpa askar putih (white soldier) atau gagak hitam (black crow), anda boleh menjangkakan reversal bakal berlaku. Terdapat variasi tunggal (one white soldier / one black crow) atau variasi 3 serangkai (3 white soldiers / 3 black crows). Jom kita kenal secara lebih mendalam tentang 2 jenis candlestick pattern ini.

One White Soldier

Contoh One White Soldier (sumber carta Tradingview)

Petanda bullish reversal sekiranya terbentuk di aras support. Candle pertama berwarna merah/hitam. Candle ke-2 berwarna hijau/putih, open lebih tinggi berbanding close candle pertama, dan close lebih tinggi berbanding open candle pertama.

One Black Crow

Contoh One Black Crow (sumber carta Tradingview)

Petanda bearish reversal sekiranya terbentuk di aras resistance. Candle pertama berwarna hijau/putih. Candle ke-2 berwarna merah/hitam, open lebih rendah berbanding close candle pertama, dan close lebih rendah berbanding open candle pertama.

3 White Soldiers

Contoh 3 White Soldiers

Sama seperti one white soldier, namun petanda bullish reversal adalah lebih kuat. Kehadiran 3 candle panjang berwarna hijau/putih menunjukkan bullish momentum mula mengambil alih pergerakan bearish sebelumnya. Selepas candle merah/hitam, muncul 3 candle hijau/putih secara berturutan serta open lebih tinggi berbanding candle sebelumnya, dan close lebih tinggi berbanding sebelumnya. Wick (ekor candle) pula tidak terlalu panjang.

Untuk tidak terperangkap dalam false signal, 3 white soldiers sebaiknya disokong dengan kehadiran volume. Kebiasaannya, 3 white soldiers diikuti dengan sedikit consolidation atau pullback. Secara teknikalnya disarankan untuk mencari ruang long entry setelah tamat tempoh consolidation atau pullback.

3 Black Crows

Contoh 3 Black Crows

Sama seperti one black crow, namun petanda bearish reversal adalah lebih kuat. Kehadiran 3 candle panjang berwarna merah/hitam menunjukkan bearish momentum mula mengambil alih pergerakan bullish sebelumnya. Selepas candle hijau/putih, muncul 3 candle merah/hitam secara berturutan serta open lebih rendah berbanding candle sebelumnya, dan close lebih rendah berbanding sebelumnya. Wick (ekor candle) pula tidak terlalu panjang.

Untuk tidak terperangkap dalam false signal, 3 black crows sebaiknya disokong dengan kehadiran volume. Kebiasaannya, 3 black crows diikuti dengan sedikit consolidation atau pullback. Secara teknikalnya disarankan untuk mencari ruang short entry setelah tamat tempoh consolidation atau pullback.

Nota:

– 3 white soldiers / 3 black crows menandakan strong momentum shift.
– Volume yang tidak mencukupi berkemungkinan adalah suatu perangkap.
– Pembentukan white soldier(s) mestilah berlaku di kawasan support manakala black crow(s) mestilah berlaku di kawasan resistance.
– Digalakkan juga menggabungkan candlestick patterns ini bersama dengan indicator lain.

Sekarang anda dah faham kan salah satu teknik untuk mencari titik reversal?

Nak belajar lagi?

Apa kata anda share artikel kali ini dengan rakan-rakan anda supaya kami akan share lebih banyak lagi. Tinggalkan komen sekiranya anda merasakan post macam ni perlu diperbanyakkan lagi!

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

share it :

0 Responses

  1. Salam… Nota sangat membantu dan ingatkan kembali yang telah diserapkan dalam otak kami team IA G9….
    Terima kasih Dato & team DDNK.

    Maklumat tambahan lain atau terkini sangat kami harapkan dan hargai.

    Semuga kita semua sebagai anak didik Dato akan sama- sama jadi jutawan yang Dato doakan untuk kita… Aaamiiin

  2. Hai, sy from group AI9, thanks a lot atas ilmu yang dikongsi, sangat bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US