Bukan semua orang mampu memegang gelaran billionaire, apatah lagi menjadi top 10 terkaya di dunia.
Namun kesungguhan dan kegilaan beliau dalam visi revolusi pengangkutan darat dan angkasa telah mengangkat beliau menjadi manusia terkaya di dunia.
Perlu kita tahu apabila berlaku correction yang besar dalam market, biasanya akan merombak semula senarai top 10 billionaires ini.
Sebelum kami reveal siapakah beliau, jom kita lihat siapakah yang menduduki carta 10 teratas orang terkaya (sehingga Januari 2021) bermula daripada nombor 10.
#10 Sergey Brin

Net Worth: $76B
Sergey Brin adalah nama baru dalam senarai ini. Walaubagaimanapun, produk yang beliau asaskan bersama rakannya di Stanford University, Larry Page pada 1998 bukanlah sesuatu yang asing lagi… GOOGLE! Brin telah meletak jawatan sebagai presiden Alphabet, namun masih menjadi controller shareholder dan board member di syarikat gergasi tersebut.
#9 Larry Page

Net Worth: 78.2B
Ya, seperti yang disebutkan sebelum ini, beliau adalah co-founder Alphabet, parent company bagi Google. Bersama Brin, Page merekacipta algoritma PageRank yang menjadi nadi jantung search engine Google. Juga meletak jawatan sebagai CEO Alphabet pada 2019, dan kekal sebagai board member dan controller shareholder. Kedua-dua Brin dan Page telah menjadi billionaire seawal usia 30 tahun!
#8 Warren Buffett

Net Worth: $87.9B
Inilah susuk tubuh yang paling dikenali dalam kalangan pelabur. Dikenali sebagai “Oracle of Omaha”, Buffett merupakan salah seorang pelabur paling berjaya sepanjang zaman. Sumber kekayaan beliau datangnya daripada Berkshire Hathaway yang memiliki lebih 60 syarikat termasuk syarikat insurans Geico, pembuat bateri Duracell dan rangkaian restauran Dairy Queen. Buffett membeli saham pertamanya pada usia 11 tahun dan mula membayar cukai pada usia 13 tahun. Menariknya, beliau pernah berjanji untuk mendermakan 99% kekayaannya kepada yang memerlukan.
#7 Larry Ellison

Net Worth: $89.2B
Mungkin anda tidak kenal bila disebut namanya. Ellison lah pengasas dan chief technology officer kepada syarikat software gergasi Oracle, di mana 35.4% menjadi pegangannya. Beliau bersara daripada jawatan CEO Oracle sejak 2014 lagi. Pada 2012, dilaporkan Ellison telah membelanjakan sekitar $300 juta untuk membeli hampir keseluruhan Hawaiian Island Lanai dan mengusahakan ladang hidroponik dan spa mewah di sana. Pada 2018, Ellison menyertai Tesla sebagai board member setelah membeli $3 juta saham Tesla sebelumnya.
#6 Zhong Shanshan

Net Worth: $95.6B
Zhong mempengerusikan Nongfu Spring, sebuah syarikat air botol yang tersenarai di papan bursa Hong Kong bermula September 2020. Beliau pernah bekerja sebagai buruh binaan, wartawan surat khabar dan ejen jualan minuman sebelum memulakan bisnes sendiri. Zhong juga memiliki saham Beijing Wantai Biological Pharmacy yang telah diapungkan di bursa saham Shanghai pada April 2020.
#5 Mark Zuckerberg

Net Worth: $96.7B
Siapa yang tak kenal dengan pengasas Facebook ini bukan? Zuckerberg membangunkan platform social media ini di Harvard tahun 2004 pada usia 19 tahun dengan fungsi pelajar boleh memadankan nama dan foto rakan sekelas. Facebook mula didagangkan kepada awam pada 2012 dan sehingga kini beliau masih mempunyai 15% pegangan saham. Pada Disember 2015, Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan telah berjanji untuk melepaskan 99% pegangan saham Facebook dalam tempoh hayat mereka.
#4 Bill Gates

Net Worth: 121.7B
Lelaki yang telah mengubah dunia dengan teknologi komputer ini menduduki tempat ke-4 terkaya. Gates telah melepaskan hampir kesemua pegangannya dan kini hanya memiliki 1% saham Microsoft setelah meletak jawatan sebagai board member. Fokus beliau dan isterinya Melinda adalah pada Bill & Melinda Gates Foundation dengan visi mempertingkat taraf kesihatan global untuk mencipta equal opportunity bagi manusia seluruh dunia. Dilaporkan sehingga hari ini Gates telah mendermakan saham Microsoft bernilai $35.8 billion kepada Gates Foundation.
#3 Bernand Arnault & Family

Net Worth $154.9B
Salah seorang ‘pencipta citarasa’ paling keras di dunia, empayar Arnault melalui syarikatnya LVMH di Perancis telah meliputi 70 jenama ekslusif termasuklah Louis Vuitton dan Sephora. Segalanya bermula apabila beliau menggunakan hasil titik peluh ayahnya dalam bidang binaan, wang sebanyak $15 juta digunakan untuk membeli Christian Dior pada 1985.
#2 Jeff Bezos

Net Worth: $183.7B
Siapa lagi kalau bukan pengasas syarikat e-dagang Amazon yang bermula di garaj rumahnya di Seattle. Beliau masih lagi CEO dan memegang 11.1% saham Amazon. Ketika pandemik mula melanda dahsyat sekitar Mac-April, Amazon dikatakan telah mengambil pekerja tambahan seramai 175,000 orang. Pada 2019, beliau telah bercerai dengan isterinya, MacKenzie setelah 25 tahun mendirikan rumah tangga. Suku pegangan Amazon telah diagihkan kepada bekas isterinya sejurus menjadikannya antara 5 wanita terkaya di dunia. Namun pada tahun yang sama, Amazon telah memecah rekod jualan $280.5 billion dengan $11.5 billion keuntungan bersih. Selain Amazon, Bezos juga memiliki The Washington Post dan Blue Origin, sebuah syarikat aero angkasa yang sedang membangunkan roket untuk tujuan komersial.
#1 Elon Musk

Net Worth: $186.2B
Siapa sangka… billionaire paling havoc ini telah mendahului carta walaupun tahun sebelumnya tidak tersenarai! Elon Musk sedang mengusahakan dua projek yang dahulunya langsung tidak masuk akal, iaitu kereta elektrik Tesla yang menjadi permintaan kenderaan elektrik paling hangat dan roket SpaceX, pembawa penumpang dan kargo menerjah angkasa. Tahun lalu, SpaceX telah melancarkan dan membawa pulang 2 astronaut NASA dengan jayanya menggunakan Dragon spacecraft. Dilaporkan kini Tesla dan SpaceX masing-masing bernilai $831.4 billion dan $46 billion.
Mari kita lihat prestasi saham Tesla sejak ianya mula diterbitkan.

Menarik bukan?
Dari kaca mata seorang ekonomis, DDNK dah bercerita tentang Tesla sejak bertahun-tahun dulu lagi. Bagaimana model bisnes ini boleh memberikan kelebihan kepada Elon Musk dan bagaimana ianya akan mendapat permintaan yang tinggi suatu hari nanti.
Ini contoh beberapa keuntungan yang dibuat oleh anak DDNK baru-baru ini hanya dalam tempoh yang sangat singkat!



Sekiranya anda terlepas, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk kejar, kerana anda sentiasa masih mempunyai peluang. Apa yang paling penting, timba ilmu terlebih dahulu sebelum mula melabur dalam apa-apa saham sekalipun. Keputusan di tangan anda!
Sumber: Forbes Billionaires
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.
0 Responses
Melabur menjana kekayaan