Josh Hawley adalah seorang senator US dan juga seorang republikan yang gemar mengkritik syarikat teknologi terbesar di US. Pada Isnin lepas beliau telah mengemukakan bil untuk melarang sebarang aktiviti percantuman (merger) dan pengambilalihan (acquisition) terhadap syarikat yang mempunyai nilai pasaran melebihi $100 bilion.
Beliau sering mengkritik syarikat-syarikat gergasi seperti Apple Inc, Microsoft Corp, Amazon.com Inc, Alphabet Inc (Google) dan Facebook kerana syarikat ini terlalu besar dan mempunyai pegangan kuasa yang hebat. Tambahan pula, bil beliau akan memberi impak kepada syarikat-syarikat gergasi ini untuk mengurangkan kuasa berdaya saing mereka.
Antara sebab-sebab tertentu Josh Hawley memperkenalkan bil tersebut adalah disebabkan syarikat-syarikat gergasi ini seringkali membeli syarikat pesaing lain dan sekaligus mengurangkan daya saing dan membolehkan mereka memonopoli dalam perniagaan yang dijalankan. Beliau juga menambah bahawa ini juga terlibat di dalam sektor yang lain seperti syarikat farmaseutikal gergasi.
Sumber: Reuters, Erin Scott/Pool
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.