Artikel

Sejauh mana emosi mempengaruhi pelaburan?

Sejauh mana emosi mempengaruhi pelaburan?

Pelaburan bukan sahaja bergantung kepada keadaan pasaran, tetapi, kredibiliti dan akauntibiliti Pengurus Dana kewangan juga penting bagi menstabilkan emosi serta tindakan pelabur. Kekuatan itu yang diperlukan pelabur bagi melahirkan keyakinan ke atas dana pelaburan yang dibuat agar kekal konsisten.

Sebaliknya, tidak semua institusi atau firma pengurusan dana kewangan berupaya melahirkan Pengurus Dana yang kompeten dan diyakini boleh mengawal bukan sekadar dana pelabur, tetapi turut menstabilkan emosi pelabur. Sejauh mana Pengurus Dana memainkan peranan bagi mengawal stabiliti emosi kedua-duanya? 

TINDAKAN BERLANDASKAN PENGALAMAN

Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pelaburan sahaja tidak cukup jika tidak dibuktikan dengan tindakan yang efektif. Nilai kebertanggungjawaban menjadi suatu sifat yang penting bagi seorang pengurus dana untuk dilihat berupaya dan mampu menarik kepercayaan pelabur. Komunikasi juga menjadi tunjang yang penting dalam membina hubungan antara pelabur dan Pengurus Dana, agar maklumat dapat disampaikan dengan jelas serta interaksi dua hala dapat diimbangi dengan emosi yang stabil. 

Keberhasilan dalam komunikasi bukan sekadar membentuk keyakinan pelaburan, malah, berupaya mendidik pelabur untuk memahami setiap langkah, perancangan dan arah tuju pasaran bagi mencapai matlamat pelaburan. Disebabkan kurangnya interaksi dan pemahaman, menyebabkan ramai yang bertindak menarik diri daripada pelaburan, gara-gara kegagalan mengawal emosi akibat kerugian, meskipun situasi pasaran berada di paras stabil. 

Akan tetapi sejauh mana pengurus dana anda berupaya menstabilkan emosi pelabur? Ini kerana Pengurus Dana antara penyebab keupayaan firma menguruskan dana pelabur terutamanya jika pelaburan yang dibuat berupaya disemai dengan sentimen emosi yang stabil, ianya boleh memberikan impak yang positif terhadap dana pelaburan  tersebut.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *