Artikel

Salam Tahun Baru 2017 Dari Kota Seoul, Korea Selatan

SALAM TAHUN 2017 DARI KOTA SEOUL, KOREA : KENAPA LAH MALAYSIA TAK MODEN & CANGGIH……

Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan tersayang.

Alhamdulillah, malam ini malam terakhir saya di Seoul, Korea Selatan bersama anak isteri dan izinkan saya mengomel sikit.

Tahun 1957, Korea Selatan adalah negara kelima termiskin di dunia. Sepuluh kali lebih miskin dari Malaysia. Hari ini, Korea Selatan adalah Ekonomi KE SEPULUH terbesar dunia.

Orang Korea bezanya bukan mata, kulit dan fesyen rambut tetapi jati diri dan karakter ekonomi mereka. Mereka gila teknologi, gila internet, gila mencipta, gila fesyen, gila kosmetik, gila ginseng dan gila plastik surgery ?

Selepas 60 tahun. Lihat apa yg berlaku Malaysia dan Korea hari ini.

Ekonomi Per Kapita Korea Selatan – USD33,000
Ekonomi Per Kapita Malaysia – USD11,000

Maknanya ekonomi kita SEMBAB 200% berbanding Korea.

Hari ini ekonomi Korea taklah besar sangat. Cuma tiga kali ganda ekonomi kita jer……

Saya ingat tahun 1997. Korea pinjam berbillion dari IMF. Sedangkan Malaysia hebat. Kita tidak pinjam satu sen pun dari IMF.

Lihat apa berlaku hari ini.

1997 1 RM = 400 Won
2016 1 RM = 269 Won

Maknanya duit kita SEMBAB 33% sejak tahun 1997 berbanding duit Korea. Hebat.

Korea ada lima puluh brand dunia. Korea ada Samsung, LG, Kia, Hyundai, Park Ji Sung, K-Pop, Running Man dan Gangnam.

Tengok Hyundai & Kia. Terjual 1 juta unit di Amerika dan 5 juta di seluruh dunia. Maaf, saya tak nampak sebijik pun Proton di Korea.

Yang saya tahu Proton masih mencari tapak di negara sendiri. Malah lebih sedih, rakyat Malaysia sendiri ada yang tak percaya Proton.

Korea tak ada minyak, tak ada getah, tak ada kelapa sawit, tak ada balak, tak ada emas, tak ada BRIM, tak banyak puak dan tak ada banyak mazhab politik.

Tapi Korea ada komputer laju dan internet. Internet Korea terpantas di dunia (Average speed 30 MB/s) dan internet Malaysia antara sepuluh perlahan di dunia (Average speed 5 MB/s).

Korea ada banyak gempa bumi dan paling teruk terpaksa berperang dgn kuasa nuklear, Korea Utara yang sadis & brutal.

Korea tak buat bangunan hebat, tak buat istana berbillion, tak buat projek mega dan tak buat highway tol mahal-mahal. Tapi mereka buat jalan raya kos murah yg berkualiti, kilang elektrik yang tak pernah ‘black out’ dan empangan yang sentiasa ada air. Mereka bina universiti kelas atasan, cipta teknologi bertaraf dunia, dan mereka bagi belanjawan sukan hiburan yang tinggi utk rakyat mereka.

Itu pasal Malaysia gila betul artis Korea walhal Korea tak kisah pun artis Malaysia.

Sampai hari ini, saya ternanti-nanti produk dari Malaysia yang menjadi demand serata dunia. Yang menjadi kegilaan orang. Tapi tak ada lagi. Sebabnya bila produk tu bagus, comfirm syarikat itu bagus untuk kita melabur.

Sebagai rakyat Malaysia, saya mesti sokong produk tu. Kita menyokong dengan melabur, dan kita menjana pulangan dari pelaburan kita. Orang luar juga akan berebut nak melabur dalam saham tersebut, dan ini meningkatkan lagi aliran wang masuk ke dalam negara.

Wang kita sekarang ni dah banyak keluar, dihantar ke Myanmar, Nepal, Bangladesh, Indonesia. Wang masuk kurang. Lebih teruk lagi, orang Malaysia sendiri simpan duit kat luar negara sebab takut susut nilai.

Jadi ape alternatif yang kita ada?? Alternatif untuk sama-sama meningkatkan ekonomi negara terutama peniaga, bisnes dan produk tempatan selain daripada menjadi warga negara yang bertanggungjawab dengan membayar cukai.

Paling mudah adalah menjadi seorang pelabur. Jadi seorang PELABUR GLOBAL.

Keuntungan dan pulangan yang kita dapat, kita gunakan untuk beli barang dapur, perabot, dan lain-lain lagi dalam negara. Lebih bagus lagi, kalau kita dapat membeli rumah atau kita laburkan pula dalam hartanah di Malaysia dengan gunakan keuntungan duit dari luar.

Barulah pikir nak beli emas ke platinum ke.. Beli satu jongkong terus. Puas hati. Lepas tu buat penyendal pintu rumah. (bergurau, saja melawak)

Ofcoz kita dah membantu membangunkan ekonomi negara, dan meningkatkan lagi aliran wang masuk dalam negara. Tak perlu nak tinggal keluarga ape semua, untuk kerja luar negara. Nak pergi tu semua perlukan modal jugak. Risiko pun boleh tahan tinggi. Belum comfirm ada kerja bila sampai sana.

Ayuh! Jadi lebih produktif, proaktif, hunger opportunities but with brain.

Bangsa maju ialah bangsa yang menakluki ilmu, bekerja keras, kuat melabur dan gila. Gila segala benda.

Ok dah cukup…. Bangun Malaysia Bangun. Selamat Tahun Baru 2017!

Salam Sayang. Salam HardCore Traders.

share it :

0 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US