Pernah dengar istilah “the market is always right”? Ya, biasanya dalam mana-mana services, customer is always right. Tetapi berbeza halnya dalam pasaran saham. Jangan sesekali perasan anda sebagai ‘pengguna’, andalah yang sentiasa benar. Tidak sama sekali.
Pasaran reacts mengikut majoriti atau lebih tepatnya siapa yang paling berduit. Mereka yang mempunyai dana yang besar adalah jerung-jerung yang menggerakkan market. Jika anda ingin selamat, maka anda mesti pandai baca dan follow aliran dana besar ini.
Salah satu caranya adalah dengan mahir membaca suasana market, atau kita panggil sebagai Market Bias. Sama seperti ‘menilik’ cuaca… Jika awan mendung maka keluar rumah perlu sediakan payung. Jika matahari terik di atas kepala maka bawalah topi dan sunglasses. Jika kilat sambar-menyambar, maka duduk sahajalah di dalam rumah.
Ada kalanya, muncul pergerakan yang terlampau agresif dalam pasaran. Namun ada masanya pasaran sendu tidak berganjak. Bullish atau bearish itu biasa. Maka anda perlu bijak memilih apakah gameplay yang sesuai dengan keadaan market ketika itu. Kadang-kadang, tidak masuk position sebenarnya adalah keputusan terbaik. Cuma masalah kita traders baru ni, kita rasa tak entry bererti kita tak trade. Sedangkan menunggu juga adalah sebahagian besar daripada trading.
Market Bias penting kerana anda harus baca kecenderungan market waktu tu. Lihat market bias secara keseluruhan. Kemudian kecilkan skop kepada sektor pula. Dan kemudian kecilkan lagi kepada industri pula. Market Bias boleh dianalisis dalam rangka masa harian, mingguan, bulanan, bahkan tahunan. Pilihlah bergantung kepada strategi pegangan anda.

Terdapat pelbagai format Market Bias anda boleh dapatkan. Contohnya seperti quotes yang memberikan sekilas pandang info pasaran, indices charts yang menunjukkan track record dalam suatu tempoh masa secara keseluruhan, treemap yang lebih details kandungan performance saham secara individual dengan market cap sebagai pemberat, atau bar charts yang lebih memfokuskan perbandingan dalam bentuk kumpulan sektor atau industri untuk beberapa tempoh tertentu.
Follow Social Media DDNK
0 Responses
ASSALAMUALAIKUM… ALHAMDULILLAH…
Waalaikumussalam. Terbaik!