Apple… Facebook…
Apa kaitan kedua-dua ni?
Gaduh ke?
Baca dulu sampai habis…
Hari Selasa Apple ada buat pengumuman, mulai minggu depan Apple akan mula release major update bagi pengguna iPhone dengan operating system terbaru mereka iOS 14.5.
Perincian system update tersebut diselitkan semasa pengumuman produk Apple. Namun, ramai yang menumpukan kepada teknologi terbaru mereka yang dikenali sebagai App Tracking Transparency (ATT).
Ada Apa Dengan App Tracking Transparency?
Bila mana-mana app nak akses device ID (dipanggil sebagai Identifier for Advertisers, IDFA), satu pop-up akan keluar bertanyakan sama ada pengguna bersetuju untuk dijejaki.
Perkara ni akan bagi masalah terutama kepada syarikat-syarikat yang menjadikan online advertising sebagai bisnes utama mereka. Ini termasuklah Facebook, yang awal-awal lagi dah bagi amaran kepada pengguna FB berkenaan isu ini.
Bila pengguna iPhone ada pilihan untuk tidak setuju dijejaki, berkemungkinan besar akan menyebabkan sasaran iklan menjadi tidak tepat, sekaligus boleh meningkatkan kos dan mengurangkan keberkesanan pengiklanan secara online.
Lebih agresif lagi, Apple bercadang nak sekat app yang tak patuh dengan polisi baru tu. Dalam suatu artikel blog, Apple berkata semua apps yang dihantar bermula 26 April mestilah dah sedia untuk support ATT.
Antara ciri menarik lain iOS 14.5 termasuklah pengenalan emoji vaksin, yang membolehkan pengguna unlock iPhone mereka walaupun tengah pakai mask, dan pengenalan voices baru untuk Siri.
Anda mesti suka kan?
Bila Polisi Baru Ini Akan Berkuatkuasa?
Apple biasanya suka release major update hari Selasa. Manakala varian terbaru iPhone purple yang akan dilancarkan di stores mereka 30 April ini akan sedia dilengkapi dengan software tersebut.
Sumber: CNBC
Kita tahu kedua-dua syarikat ini adalah saham gergasi teknologi di pasaran US. Adakah berita ini akan memberikan impak kepada saham syarikat? Sama-sama kita nantikan.
Suka dengan post macam ni?
Klik SHARE supaya kami boleh share lagi banyak post macam ni.
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.
0 Responses
Adakah ini Akan melanjakkan bisnes Apple atau sebaliknya