Pernah terfikir… sebenarnya omnicron juga mungkin datang bersama rezeki yang lain?
Bila pandemik coronavirus menghentam negara, hidup kita jadi terbelenggu. Rasa takut untuk keluar rumah. Aktiviti seharian tergendala.
Ramai fikir ketika saat getir seperti ini pastilah pasaran saham juga seperti telur di hujung tanduk.
Namun hakikatnya sangatlah jauh daripada sangkaan. Malah pasaran saham US ketika artikel ini ditulis, sedang berada di paras tertinggi dalam sejarah. Ya, all-time high!

Anda lihat sendiri, numbers don’t lie.
Walau dimomok dengan pelbagai varian baharu coronavirus, pasaran saham US secara amnya masih teguh melonjak ke atas.
Apakah maksudnya?
Situasi pasaran yang masih rancak adalah suatu peluang bagi pelabur untuk terus menerus menjana keuntungan daripada bull market.
Kita ambil contoh, saham vaksin yang sangat dikenali iaitu Pfizer. Yang mana kita tahu, satu dunia sedang bergantung dengan vaksin ini untuk melawan penyebaran wabak Covid-19.
Paling best, kehadiran varian omnicron tidak menyebabkan saham ini untuk merudum, malah semakin menaik! Ini dibuktikan dengan lonjakan lebih 20% yang dibuat oleh Pfizer dalam tempoh kurang sebulan sebaik sahaja varian omnicron mula dikesan.

Nampak kan?
Siapa kata krisis tak boleh buat duit? Ini bukanlah satu-satunya. Bila indeks pun all-time high, maksudnya saham-saham gergasi pun sedang mengganas!
Jom tengok apa saham-saham branded ni buat.

Wow! Hebat bukan?
Kenapa kita tak jadi sebahagian daripada mereka yang mengambil kesempatan ke atas lonjakan ini? Inilah alternatif untuk anda tambah duit poket sekiranya anda tahu caranya. Di setiap musibah yang menimpa pasti ada hikmahnya.
Sebelum disalah fahami, artikel ini bukanlah mengajak untuk bergembira atas kesedihan dan kesengsaraan orang lain.
Tidak sama sekali.
Tetapi untuk tujuan membuka mata kita bersama bahawa rezeki Allah itu di mana-mana. Walau dalam keadaan getir dan sukar, Dia masih melimpahkan rezeki melalui jalan yang kita tidak sangka. Setiap kesusahan pasti datang dengan jalan keluarnya. Hanya tinggal diri kita sama ada rajin atau tidak untuk mencarinya.
Saham-saham yang anda lihat sudahpun bergerak jauh. Nak cari saham macam ni lebih awal? Jom belajar secara online PERCUMA dengan Dato’ Dr. Nazri Khan di www.menangsaham.com.
SHARE tanda setuju supaya kami boleh kongsikan lagi tips-tips menarik bagaimana nak dapatkan senarai saham-saham berkualiti tinggi!
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.