Artikel

Malaysia perlukan strategi dan polisi ekonomi yang lebih berani

Malaysia perlukan strategi dan polisi ekonomi yang lebih berani

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Malaysia perlu mewujudkan polisi dan strategi ekonomi yang lebih berani dari segi membangunkan kuasa nuklear rendah risiko di negara ini sebagai alternatif tenaga baharu. 

Pengurus Dana Bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan, berkata ini juga sebagai langkah untuk Malaysia keluar daripada industri semikonduktor bagi meletakkan negara ke arah rantaian nilai seterusnya (the next value chain).

“Selain daripada industri pembuatan cip untuk kuasa AI, mungkin kuasa nuklear antara pendekatan yang boleh dibangunkan untuk mengembangkan industri tenaga di Malaysia. Sebab, untuk abad akan datang semua industri mungkin akan dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

“Malaysia mempunyai Cyberjaya yang sepatutnya menjadi seperti Silicon Valley sebagai pusat pengkhususan dalam teknologi maklumat, namun, ia tidak seperti apa yang digambarkan. Sebaliknya, ia boleh dijadikan sebagai pusat pembangunan dan pengembangan AI di Malaysia,” katanya. 

Beliau berkata, Malaysia perlukan ekosistem di mana ramai pemain, bukan sahaja kerajaan, tetapi termasuk pegawai selia, pelabur ekuiti dan pekerja yang berbakat untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan teknologi AI dengan lebih mendalam.

Jelasnya, Malaysia memerlukan lebih banyak generasi muda yang mahir dalam teknologi tersebut untuk pengukuhan ekosistem dengan membawa idea baharu untuk masa depan.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *