12 bulan setahun…
30 hari sebulan…
24 jam sehari…
60 minit sejam…
Begitulah masa yang Tuhan telah peruntukkan untuk setiap manusia di muka bumi ini. Tiada yang dapat terkurang. Tiada yang dapat terlebih. Semuanya mendapat sela masa yang sama. Yang membezakan hanyalah usia kehidupan sahaja.
Namun bukan semua orang bermula daripada garisan yang sama. Pencapaian setiap manusia berbeza, bergantung dengan usaha dan takdir yang telah ditentukan ke atasnya.
Pun begitu, takdir bukanlah sesuatu yang patut dipersalahkan seandainya wang persaraan tidak mencukupi di saat uban penuh di kepala. Ini kerana wang persaraan sepatutnya dirancang daripada awal lagi ketika kudrat masih memuncak. Hal ini masih berkitar dalam ruang lingkup ikhtiar.
Bayangkan sekiranya kita tidak diwajibkan untuk mencarum wang persaraan. Agaknya berapa ramai rakyat Malaysia yang akan bersara tanpa kewangan yang kukuh?
Laporan menyatakan, rata-rata rakyat Malaysia menghabiskan wang persaraan dalam tempoh 3 tahun sahaja setelah bersara!





Sangat menyedihkan. Tak mahu perkara ini berlaku kepada anda? Belajarlah bagaimana untuk melindungi wang anda daripada terbazir ke arah perkara yang sia-sia dan terus dimakan inflasi dengan sikap menyimpan dan melabur yang betul bermula hari ini.
Mulakan hari ini untuk lalui hari bersara anda dengan penuh kemanisan dan keriangan.