Beribu-ribu saham yang ada dalam pasaran tidak semua akan bergerak sekali, kalau ada satu saham naik yang lain tidak akan follow naik, confirm ada yang turun kerana pergerakan harga dipengaruhi oleh keadaan semasa. Kalau ada saham yang membuat kenaikan berturut-turut kita perlu ketahui jenis kaunter tersebut.
Imbas kembali pada awal Mac 2020 masa covid kes start di Malaysia. Semua sektor jatuh tapi ada satu sektor ni naik mencanak, sektor apa? Betul! Kaunter glove..
Bila terjadinya kejadian seperti ini kita kena pantas mencari saham berkaitan kerana peluang hanya datang pada kaunter glove sahaja dan tinggalkan saham yang lain sebab semua tak bergerak malah makin jatuh.
Leaders

Saham yang membuat kenaikan tinggi sementara keseluruhan market sedang jatuh dipanggil sebagai leaders. Selepas vaksin telah ditemui oleh USA, kaunter farmaseutikal membuat kenaikan tinggi secara konsisten dan menggantikan kaunter kegemaran ramai iaitu kaunter glove.
Sektor farmaseutikal adalah contoh leaders yang menjadi tumpuan trader dan bank besar untuk dilabur. Tambahan pula, sektor farmaseutikal bakal digantikan dengan sektor lain bergantung kepada keadaan semasa.
Laggards

Seterusnya, lawan leaders adalah laggards, kaunter yang susah untuk bergerak dan dianggap sebagai kaunter zombie. Sebarang berita atau kejadian yang bagus tidak akan memberi sebarang impak kepada kaunter laggard dan harusnya dielakkan untuk dilabur kerana ia tidak akan menjana pulangan modal anda.
Kenapa perlu buang masa memancing di kolam yang mempunyai ikan saiz yang kecil, pergi sahaja ke kolam yang yang mempunyai ikan lebih besar.
Penutup
Akhir sekali, rajinkan tangan dan mata untuk mencari leaders di dalam pasaran kerana rezeki tidak akan datang bergolek.
Mempunyai pegangan saham dalam kaunter leaders akan membantu meningkatkan peluang untuk untung kerana kaunter tersebut berada di bawah pengawasan trader dan syarikat pelaburan gergasi.
Share pengalaman anda di ruangan komen jika pernah beli kaunter zombie, mesti perit kan tunggu dia naik?