Artikel

Kewangan dan kesihatan keperluan hakiki

Tanpa kewangan yang banyak, kita masih mampu untuk menjalani kehidupan. Tetapi tanpa kesihatan yang baik, mana mungkin kita berupaya untuk menjana pendapatan bagi menjalani kehidupan. Namun, kedua-duanya sering berkait rapat kerana dengan sumber kewangan itu juga boleh membantu kita mendapatkan polisi kesihatan demi menjaga kelangsungan diri ketika ditimpa musibah. 

Hari ini, ramai dalam kalangan kita berdepan dengan pelbagai risiko penyakit kronik seperti jantung, barah dan terkini apabila Malaysia berada diambang krisis pesakit buah pinggang yang tinggi (https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/03/1223441/malaysia-kini-di-ambang-krisis-penyakit-buah-pinggang). Tidak kisah status, pangkat, kedudukan mahupun warna kulit, ada sahaja yang menjalani rawatan kesihatan setiap hari. Bagi yang sudah mempersiapkan diri dengan insurans pelindungan diri,  adakah pasti ianya dapat membantu keadaan kewangan anda kelak? 

Fahami polisi insurans yang anda miliki kerana tidak semua jenis penyakit dan situasi kesihatan akan dilindungi. Apatah lagi, apabila usia kian meningkat dan juga  kos rawatan yang semakin meninggi. Cukupkah sekadar dengan insurans perlindungan diri ataupun tabung simpanan yang ada untuk menampung segala kos rawatan mahupun kos susulan rawatan kelak? Mungkin ramai yang hanya bergantung sepenuhnya kepada polisi tanpa memikirkan segala situasi yang bakal berlaku terutamanya selepas menerima sesuatu rawatan, terutamanya kos rawatan sebenar selepas rawatan. 

Justeru itu, wang tambahan seringkali diperlukan bagi menampung keperluan mendesak, terutamanya ketika berdepan dengan masalah kesihatan. Malah dengan semakin meningkatnya kos rawatan, pastinya akan merunsingkan orang ramai dan juga akan  menghalang daripada mendapatkan rawatan di hospital swasta yang umumnya sedia maklum bahawa kos rawatan yang dikenakan adalah cukup mahal. (https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/701988

Namun, jika sudah ditakdirkan mengalami masalah kesihatan yang parah, kos rawatannya sudah pasti tinggi. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah mempersiapkan diri dengan wang tambahan bagi menampung keperluan diri semasa dan setelah  menerima sesuatu rawatan, kos rawatan bukanlah pekara yang perlu mereka bimbangkan. Sebaliknya, bagi golongan yang tiada tabungan kecemasan ataupun insurans diri, kos itu pasti akan dianggap sebagai satu hal yang menyulitkan. 

Sedia kewangan tambahan untuk kesihatan

Oleh itu kesedaran awal mengenai keperluan kewangan tambahan perlu dipupuk bagi menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan permasalahan yang akan dihadapi kelak. Ibarat kata pepatah jangan tunggu sehingga ‘bila terhantuk baru terngadah’, kerana ia akan menyulitkan lagi keadaan dan kesihatan diri. Bersiap sedia dari awal bagi menghadapi sebarang risiko atau masalah kesihatan yang berkemungkinan akan berlaku, meskipun tahap kesihatan buat masa kini masih berada dalam keadaan baik. 

Bagi mereka yang masih muda, mulakan langkah dari sekarang dengan meningkatkan sumber kewangan tambahan demi membina kehidupan yang lebih sejahtera kelak. Selidikilah peluang untuk tingkatkan tahap kewangan anda sama ada menerusi simpanan ataupun melalui pelaburan, kerana ia boleh menjadi pemangkin kepada kestabilan kewangan yang secara tidak langsung juga menjamin kesihatan di masa depan. 

Ketahuilah bahawa penyakit tidak akan kenal usia, namun kewangan yang stabil mungkin berupaya mengurangi beban kewangan ketika menghadapi masalah kesihatan terutamanya ketika menghadapi suatu penyakit yang kritikal. Oleh itu, perlindungan insurans berserta simpanan yang mampan amatlah disarankan disediakan seawal mungkin kerana walaupun kesannya tidak dirasai sekarang, tetapi setiap langkah diambil ke arah itu mungkin berupaya meringankan beban apabila menghadapi keperluan kesihatan kelak. 

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US