Artikel

Ketahui Matlamat Dalam Pelaburan

matlamat pelaburan

Saya tahu ramai yang masih tercari-cari langkah masing-masing dalam pelaburan. Saya tak ingin guna istilah “kecundang” kerana setiap apa yang anda lalui adalah suatu journey yang unik dan mahal nilainya. Sama ada yang manis mahupun yang pahit. Semuanya boleh menjadi pedoman dan pengajaran yang mematangkan kita dalam dunia pelaburan.

Namun sebaiknya kita elakkanlah kesilapan yang berterusan supaya tidak mengorbankan masa, tenaga dan pastinya wang kita. Cara paling mudah dan cepat adalah belajar melalui pengalaman orang lain yang telah lebih lama ‘menyelam’ dalam lautan ini.

Saya lihat ramai yang bersemangat dan mahu mula melabur. Ini sangat bagus. Namun sayangnya majoriti tidak mempunyai matlamat yang jelas. Ada yang bertanya kat mana dan macam mana nak buka akaun saham… tapi lepas buka akaun tak tahu nak buat apa.

Bila anjur pembelajaran secara percuma, ada juga yang tanya boleh ke melabur tanpa belajar? Persoalan tu dengan sendirinya dah terjawab. Bagaimana nak melabur sekiranya langkah pertama pun tak tahu di mana nak bermula?

Tu belum lagi cerita matlamat dalam pelaburan. Setiap pelaburan nak untung berapa? Sanggup rugi berapa? Berapa lama tempoh pegangan boleh bertahan? Adakah sudah cukup ilmu yang bersesuaian? Atau main ikut-ikut sahaja… matlamat nak trade dengan laju tetapi study ikut gaya invest jangka masa panjang?

Tujuan melabur pun samar-samar. Adakah kerana suka-suka. Hanya sekadar hobi mengisi masa lapang? Atau nak jadi ‘saintis pelaburan’ yang tahu segala benda teori dan tools, tetapi tetap tak mampu gandakan portfolio?

Minta maaf saya cakap ya tuan puan… Nampak kecil tetapi kerana matlamat tak jelas inilah, ramai yang tak berjaya buat duit dalam pasaran. Macam mana nak berjaya, target untuk kita achieve pun tak ada.

Bila dah ada matlamat, barulah kita boleh cari actions yang bersesuaian. Apa tindakan untuk kita capai matlamat tersebut secara konsisten. Kita trader, mesti tenang menuju ke sasaran.

Tanya semula diri sendiri, apa matlamat kita dalam pelaburan? Nak achieve berapa % sebulan? Berapa % pula kita sanggup rugi? InshaaAllah dah tau berapa maksimum rugi, kita pun tak gelabah nampak akaun merah. Ini tidak. Bila rugi boleh tanya orang lain pula perlu ‘close position’ ke? Ehhh.. siapa yang trade sebenarnya ni? Apa plan asal anda?

Sekali lagi mohon maaf sekiranya anda rasa artikel kali ini agak keras. Biarlah anda kena ketuk dengan artikel ini daripada anda kena hentam dengan market yang ganas. Sesungguhnya untung rugi itu benar.

Apa yang penting, kita nak semua orang berjaya dalam pelaburan dan dagangan saham. Teruskan berusaha dalam mengejar cita-cita anda. Tetapkan matlamat dan bertindaklah dengan tindakan yang bersesuaian. Jatuh hari ini bukan bererti gagal selamanya. Belajar dan jangan berhenti sehingga segala misi dan visi pelaburan dapat dilunaskan.

Amacam?

Share tanda setuju!

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *