Artikel

Kepengerusian ASEAN kelebihan buat Malaysia

Kepengurusan ASEAN kelebihan buat Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Tahun 2025 menandakan detik penting buat Malaysia dalam mengemudi ASEAN dan meletakkan ekonomi negara ke arah yang lebih positif dan besar. 

Pengurus Dana Bertauliah, Dato Dr Nazri Khan, berkata oleh kerana lebih 300 mesyuarat dan persidangan penting ASEAN akan berlangsung di negara ini (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/asean-2025-kepengerusian-malaysia-bermula-dengan-pemukiman-menteri-menteri-luar-505018), ia membuka peluang dan pelaburan baharu bukan sahaja untuk ASEAN, sebaliknya Malaysia. 

“Jadi, akan ada banyak pencahayaan. Saya rasa dalam ekonomi dan tiada keraguan dari segi itu, di mana Malaysia akan mempunyai sedikit momentum. Tetapi, sudah tentu orang di bawah mungkin belum merasakannya kerana ia mengambil masa satu atau dua tahun lagi. 

“Saya rasa ekonomi akan memberikan momentum yang lebih baik kepada pemerintah Malaysia, tetapi, kita perlu melihat kepada gambaran yang lebih besar dari segi analisa teknikal serta carta tahunan bagi perkembangan ekonomi keseluruhannya,” katanya. 

Beliau berkata, Malaysia perlu berhati-hati ketika pasaran menurun dengan ‘volume’ yang lebih rendah, dan menjadikan perlantikan Malaysia  sebagai Pengerusi adalah satu lonjakan untuk meningkatkan perolehan negara. 

Katanya, seminggu pertama pemerintahan Donald Trump akan menampakkan kesan kepada seluruh dunia dan Malaysia perlu memperkasakan ASEAN agar tidak terlalu terkesan dan tertekan dengan dasar yang akan dilaksanakan Trump. 

“Saya cukup yakin, seluruh dunia sedang mengekori dan memerhati dengan rapat tindakan yang akan dilaksanakan AS. Jadi, nasihat saya kepada semua pelabur untuk  melihat aspek dari jangka masa yang panjang, sebab saya tidak pasti sejauh mana situasi Trump 2.0 ini akan mempengaruhi ekonomi dunia,” katanya. 

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US