Artikel

Kemiskinan adalah pilihan

Kemiskinan adalah pilihan

Kadar kemiskinan di Malaysia masih lagi ketara meskipun negara kini mengorak langkah ke arah status berpendapatan tinggi dan maju menyaingi negara jiran, Singapura. Walaupun jurang kemiskinan bagi negara kita tidak begitu besar berbanding beberapa negara-negara lain di Asia Tenggara, tetapi masih perlu mempergiatkan  usaha bagi mencapai matlamat yang dihasratkan kerajaan.

(https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kajian-unicef-pendapatan-isi-rumah-melonjak-kemiskinan-masih-ketara-469667

Rakyat sendiri dalam mendepani keadaan ekonomi global sepatutnya berusaha mengubah ekonomi sendiri agar lebih berdaya saing serta mempunyai kewangan peribadi. yang lebih utuh. Tetapi mungkin masih ramai yang mengambil sikap sambil lewa dengan menyifatkan kemiskinan sebagai ketentuan. 

Pendekatan untuk merubah kehidupan akan berupaya memberikan peluang bagi memajukan ekonomi sendiri atau isi rumah. Jangan terlalu berasa selesa dengan pendapatan tetap setiap bulan, tetapi cuba keluar daripada kepompong kewangan yang terhad dengan mengembangkan sumber kewangan yang ada melalui instrumen pelaburan yang sesuai dengan risiko yang ingin diambil, serta juga instrumen pelaburan itu dikeluarkan oleh syarikat kewangan yang berlesen.

Tidak salah untuk mencuba menceburi bidang pekerjaan lain ataupun perniagaan kecil-kecilan bagi meningkatkan ekonomi, namun usaha harus diberikan untuk membawa diri keluar daripada kemelut kemiskinan agar tidak berpanjang. Tidak dinafikan ada yang pernah berada dalam kategori miskin tetapi telah berjaya merubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Usaha kerajaan yang memperkenalkan pelbagai bantuan dan insentif juga dianggap dapat membantu rakyat memajukan diri demi mempertingkatkan taraf kehidupan mereka.

Jangan terlalu bergantung harap kepada bantuan daripada Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat semata-mata, sebaliknya berusahalah mencari solusi untuk keluar daripada dibelenggu kemiskinan. Jangan jadikan faktor pendidikan sebagai punca sukar untuk mencari peluang pekerjaan, tetapi mulakan langkah untuk bertindak ke arah kestabilan kehidupan yang berpanjangan. 

Contohi insan lain yang berjaya 

Ambil iktibar daripada kisah hidup orang lain yang pernah berada di dalam kemiskinan, tetapi kini berjaya merubah ekonomi ke arah yang lebih baik, seperti kisah hidup seorang wanita Orang Asli yang mengusahakan minyak urut, Jungle Girl sehingga membawa dirinya keluar daripada kesusahan dengan hanya menjual produk sendiri di media sosial. (https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/utama/2024/03/1070945/jungle-girl-bina-rumah-impian-tak-sampai-setahun-jual-di-tiktok).

Kehidupan ini tidak akan lari daripada cabaran dan dugaan jika tidak ditentangi bersama matlamat serta impian untuk mengubah warna kehidupan. Malah, peluang untuk mengubah kewangan diri terbuka luas dengan pelbagai pendekatan. Justeru itu cuba tambahkan sumber pendapatan supaya ia boleh disalurkan ke pelaburan yang seusai, yang mana ia berupaya tingkatkan sokongan kewangan anda bagi membina masa depan yang lebih cerah. 

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US