Artikel

Ikuti 8 Tips Ketika Perintah Kawalan Pergerakan 2.0

Hai… Apa khabar?

Bermula 13-26 Januari 2021, kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan susulan daripada pengumuman Perdana Menteri Malaysia untuk mengawal penularan wabak Pandemik Covid-19. Walaupun ini bukan perkara baru dan ramai yang telah menjangkakan akan berlaku, tetapi ternyata masih ramai yang belum mengambil pengajaran daripada situasi semasa PKP sebelum ini. Sehingga hari ini, masih ramai yang belum bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi situasi getir ini.

Ribuan bisnes masih lagi terjejas. Banyak juga perniagaan yang kian menguncup ada juga yang sudah tutup terpaksa gulung tikar. Bukan itu sahaja, ratusan ribu rakyat Malaysia hilang pekerjaan. Puluhan ribu yang terjejas akibat PKP sebelum ini masih lagi mencari kerja. Kami difahamkan ramai orang diberikan cuti tanpa gaji malah dipotong gaji. Tak kurang juga, data kementerian menunjukkan jumlah pemberhentian pekerja yang dilaporkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO sehingga 27 Nov 2020 adalah 99,696 orang. Data sehingga Januari 2021 masih belum dikeluarkan lagi. Adakah anda termasuk dalam data tersebut?

Bencana ini bukan berlaku di Malaysia sahaja malahan di seluruh dunia juga mengalami nasib yang sama. Sememangnya tiada siapa yang meminta pandemik ini berlaku, tetapi ia telah berlaku dan pastinya kita takkan mampu memutar kembali masa untuk mengelakkannya daripada berlaku. Perkara yang kita patut lakukan sekarang adalah mencari “apakah tindakan yang perlu kita lakukan untuk berhadapan dengan situasi seperti ini?”.

Mahu tidak mahu, bersedia atau tidak, kita mesti mencari jalan untuk terus ‘survive’ dan memastikan hidup diri dan keluarga kita sentiasa dilindungi dan dijaga sentiasa. Kita tak boleh lagi untuk duduk dan lihat, tetapi kita mesti melakukan tindakan yang luar biasa.

Di sini kami kongsikan kepada anda beberapa tips atau perkara yang anda boleh lakukan ketika PKP 2.0 ini, antaranya:

1. Kekal Tenang

Kami faham apabila kami minta anda bertenang, pastinya akan ada suara berkata “Takpelah tak jadi dekat diri sendiri, kalau jadi baru korang tahu kesannya macam mana”.

Hari demi hari kami terima begitu banyak aduan, rungutan dan luahan di ruangan Whatsapp, PM, DM & Komen.
Kami nasihatkan kepada mereka agar tenang. Waktu sekarang kalau hendak hempas pintu rumah sana sini pun tiada guna lagi. Jangan terus nak bermain viola di depan rumah. Pastikan ‘cool & rileks’ tapi jika anda teruskan juga, minda akan terus tertekan dan anda tidak dapat berfikir secara positif, tenang dan rasional.

2. Cari dan Kemas Kini Resume, Cari Kerja

Anda mungkin terlupa di folder mana anda simpan resume, di thumb drive mana satu yang masih lagi ada resume anda. Tak mengapalah, teruskan untuk mencari dan edit atau mula buat resume yang baru. Jangan lupa untuk update pengalaman anda bekerja, update skill extra anda.

Ada rakan? Ada group whatsapp? Mungkin boleh tanyakan kepada mereka pasal kerja. Mana tahu ada tempat kosong yang anda boleh isi. (Rezeki tak pernah salah alamat, teruskan berdoa tanpa putus asa sebab Allah SWT sentiasa mendengar permintaan dan rintihan hamba-hambaNYA). Kita semua tahu waktu sekarang bukanlah sesuai bagi kita untuk terlalu ‘memilih’ pekerjaan, nasihat kami asalkan dapat bekerja. Mana tahu nanti situasi genting ini berakhir, rezeki lain menanti anda dengan angka gaji yang lebih lumayan.

3. Sumber Pendapatan Yang Lain

Kredit foto: Samsul Said/Bloomberg

Tidak dinafikan, perkhimatan penghantaran makanan seperti Grab Food, Food Panda atau apa sahaja perkhidmatan penghantaran yang lain turut menyediakan pekerjaan ini asalkan mempunyai kenderaan sendiri. Tidak hairan bagi kami, ada juga sanggup berjalan kaki berpanas terik berhujan demi mencari pendapatan. Pada Mac 2020, permintaan penghantaran makanan melonjak 30% sudah pasti trend ini akan menaik. Selain daripada perkhidmatan makanan, perkhidmatan penghantaran barangan juga tak kurang hebat juga di kala PKP 1.0 dan PKP 2.0.

4. Belajar Untuk Melabur

Ramai yang sudah maklum terdapat banyak jenis pelaburan yang ada di Malaysia ini termasuk pelaburan saham, hartanah, emas dan sebagainya. Sudah pasti kami memilih pelaburan saham.

Apa yang menarik tentang pelaburan saham ini? Pelabur saham boleh menjual saham pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu terikat dengan komitmen kerja dan tidak akan mengganggu masa lapang dan masa kerja anda. Senang cerita anda boleh bekerja tanpa ‘Boss’, di mana sahaja anda berada, tanpa kos peralatan pejabat. Anda hanya perlu mengunakan ‘smartphone’ ataupun komputer riba. Jangan lupa, anda boleh memilih sendiri waktu kerja anda mengikut pasaran kegemaran anda yang anda ingin melabur.

Jika anda hilang kerja atau mencari kerja, inilah bidang terbaik yang anda wajib ceburi. Tetapi, jika anda masih lagi bekerja, anda boleh menjadikan melabur saham ini sebagai kerja “Part Time” anda tanpa perlu berhenti kerja. Tak perlu pun tengok harga saham setiap hari, tak perlu tergesa-gesa beli saham sesuatu syarikat.

Anda boleh jual beli saham pada bila-bila masa yang anda suka dan jumlah keuntungan tiada Batasan. Jika anda mempunyai ilmu yang betul, strategi yang terbukti berjaya tidak mustahil keuntungan 100% bakal anda perolehi. Jika bertindak semberono, silap-silap anda rugi 100%. Haaaaaa.

5. Guna Duit Lebih / Duit Simpanan

Jangan tergesa-gesa atau ‘kalut’ nak terus melabur atau terus nak jual beli saham. Kenapa? Kerana tindakan anda SALAH! Sebaiknya anda kena check & balance dulu wang dan kemampuan anda. Konsep pelaburan adalah anda melabur menggunakan wang lebihan wang simpanan yang tidak digunakan. Maksudnya? Jika anda untung, alhamdulillah, tetapi jika anda rugi dan hilang sepenuhnya wang tersebut, hidup dan kewangan anda tidak akan terkesan walau sedikit pun dan anda masih mampu tersenyum tanpa sebarang masalah.

Dalam pelaburan saham, anda perlu sentiasa bersedia untuk rugi kerana dalam pelaburan saham risiko kerugian tetap ada. Pastikan jika anda rugi, kerugian yang bakal anda alami itu tidak akan mengganggu gugat hidup anda dan keluarga. Tetapi jika anda mempunyai ilmu, keuntungan dapat di maksimumkan anda akan dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian, dan paling penting anda akan terus selamat daripada mengalami kerugian yang amat besar.

Ramai orang ingat nak mula melabur kena gunakan segala duit yang ada termasuk duit belanja harian. Ada yang sanggup buat pinjaman Bank ataupun Ah-Long ataupun pinjam dengan saudara mara serta rakan. Kami nasihatkan kepada anda, Jangan Berhutang! Jangan Tamak! Ukur Baju di Badan Sendiri! Teruskan disiplin dalam menyimpan. INGAT! Kami pesan sekali lagi! Jangan pinjam, Jangan sentuh duit belanja harian, Jangan sentuh duit yang anda guna untuk bayar komitmen hutang piutang anda! Jangan sentuh duit emergency, Jangan hutang!

6. Analisa FA & TA

Sebelum membeli sesuatu saham, pastikan buat analisis kedudukan kewangan syarikat dan sektor tersebut yang dipanggil Fundamental Analisis (FA). Lakukan analisis atau kajian tentang sesuatu syarikat pada waktu lapang, waktu malam atau hujung minggu.

Jika sudah membuat analisis tentang FA, pastikan anda buat analisis tentang Teknikal Analisis (TA). Ada yang berpendapat, hanya fokus pada TA sahaja lupakan tentang FA. Bagi kami, apa kata anda gabung TA dan FA untuk kajian anda sebelum anda membuat keputusan jual beli saham.

Pengunaan TA sangat penting bagi pelabur atau pedagang untuk menganalisis carta pergerakan harga, volume, bentuk carta, kuantiti dagangan dan dengan itu membolehkan pedagana pelabur tahu isyarat beli dan jual atau ‘cut loss’.

#1 Saham apa nak beli
#2 Saham apa nak jual 
#3 Bila nak beli
#4 Bila nak jual
#5 Berapa nak beli
#6 Berapa nak jual

Ingat, Kajian teknikal analisis yang anda lakukan mestilah bedasarkan apa yang anda lihat dan kaji, bukan berdasarkan “apa yang anda rasa”. Anda bebas buat keputusan sendiri tanpa rujuk kepada ‘Boss’ anda dan tiada siapa akan marah anda. Anda bertanggungjawab sepenuh ke atas duit anda sendiri, analisis sendiri kerana ilmu akan menentukan kebijaksanaan anda membuat keputusan.

“Chart Is A Chat, Is A Chart, Is A Chart. Chart Don’t Lie” 
– DDNK –

7. Wajib Ada Trading Plan

Inilah senjata rahsia yang menjadi peluru hebat kepada pelabur saham berjaya!

Ramai pelabur abaikan Trading Plan dan anggap ianya tidak penting, padahal inilah asas utama yang wajib ada sebelum melabur.

Bukan hidup sahaja mesti mempunyai matlamat, pelaburan saham juga wajib ada matlamat pelaburan tersendiri. Jangan tergesa-gesa nak tekan butang “buy” jika tidak mempunyai trading plan terlebih dahulu. Anda harus tahu nisbah risk:reward:ratio, berapa keuntungan yang anda ingin capai, berapa kerugian yang anda sanggup rugi.

Contohnya, anda nak beli pada harga berapa (Entry Price), Sasar keuntungan yang anda nak capai (Target Price), jika mengalami kerugian yang lebih besar berapa sasaran harga saham terus junam (Stop Loss).

Teruskan buat kajian sendiri. Ramai yang beli jual saham suka sangat ikut orang, orang suruh beli… dia beli, orang suruh jual… dia jual. Akhir sekali dia sendiri tak tahu apa yang terjadi dan sudah pasti kerugian menanti anda. Jangan khianat dengan trading plan anda!

#1 Know Your Playground
#2 Sweet Spot
#3 Trust Your System

Macam mana nak buat? Guna demo akaun hingga berjaya jumpa sweetspot anda. Kemudian baru mulakan dengan mini trade. Bila dah betul-betul berjaya dan yakin 100% dengan sweet spot yang anda jumpa tu, baru mulakan pelaburan sebenar ikut money management dengan modal yang anda sanggup rugi!

Jika anda rugi, kemungkinan kerugian itu bagus untuk anda. Tak semua keuntungan yang anda buat adalah bagus untuk anda. Sentiasa check and balance.

8. King of Emosi

Ilmu yang anda belajar kemungkinan sekitar 10%-20% selebihnya adalah diri anda sendiri. Ramai orang rugi disebabkan oleh kegagalan untuk kawal emosi walaupun ilmu 7 petala langit diberikan kepada mereka.

Anda tidak boleh lari daripada emosi anda sendiri. Apa pun berlaku, anda tidak boleh beremosi sewaktu beli dan jual ataupun tengah memegang sesuatu saham. Jika sudah mencapai keuntungan sasaran harga anda, teruskan menjual untuk merasa manisnya pelaburan.

Tetapi jika apa yang anda lihat tidak menjadi malah sudah mencapai cecah harga sasaran kerugian anda maka juallah saham tersebut demi selamatkan anda daripada terus mengalami kerugian yang lebih teruk lagi.

Berhenti berharap bahawa nanti harga saham tersebut akan kembali naik sebab banyak lagi saham syarikat lain yang tersenarai untuk anda buat analisis dan untuk beli saham tersebut. Jangan sesekali menggunakan “Hope Analysts”.

Akhir sekali pesanan kami, usah terperangkap dengan permainan emosi. Pelabur yang gagal adalah pelabur yang gagal kawal emosi manakala pelabur yang tiada objektif pelaburan adalah pelabur yang tiada pelan pelaburan (trading plan).

Menyimpan itu bagus, melabur itu bijak tetapi pastikan anda jadi pelabur bijak dengan menggunakan wang lebihan yang anda sahaja. Jika anda mendapat manfaat dariapada i-sinar, manfaat kelebihan itu dengan bijak, gunakan penuh berhemah. Sentiasalah berhati-hati kerana waktu inilah pelbagai jenis skim pasaran gelap dan scammer akan datang kepada anda yang menjanjikan bulan dan bintang untuk mengambil kesempatan terhadap anda.

Sama-sama kita berdoa agar segala urusan kita dipermudahkan. Semoga pandemik yang melanda sekarang akan pulih sepenuhnya dan kadar pengganguran dapat dikurang seterusnya peluang pekerjaan kembali dibuka seluas-luasnya malah perniagaan kembali beroperasi sepenuhnya.

Anggaplah ini sebagai satu dugaan yang mungkin akan membawa 1001 peluang rezeki yang baru, peluang yang lebih baik. Jangan terlalu terkesan dengan tekanan negatif kerana ini mampu mematahkan semangat anda.

Setiap krisis yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Setiap ujian yang datang pasti akan ada kesenangan kemanisannya nanti insya-Allah.

Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat terbaik kepada anda semua! Sebarkan kepada kawan serta ahli keluarga anda untuk manfaat bersama.

Waktu-waktu PKP 2.0 ini banyak program, seminar dan kelas yang dijalankan secara online 100% percuma untuk membantu meningkatkan tahap kewangan anda. Anda hanya perlu belajar dari rumah sahaja tidak perlu ke dewan seminar dan sebagainya. Paling best anda boleh belajar bersama isteri atau suami anda, jangan lupa kejutkan anak anda sekali untuk sama-sama belajar supaya mereka semua celik kewangan terutama dalam pelaburan saham yang pasti akan menjadi bekalan senjata kepada mereka untuk berhadapan situasi kewangan yang pasti lebih mencabar pada masa hadapan.

Kami seikhlas hati menjemput anda untuk sertai Program Menang Saham Online yang ditaja 100% Percuma selama 1 hari bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada 16, 23, 30 Januari 2021 ini.

Anda belajar secara terus bersama Dato’ Dr. Nazri Khan Pakar Pelaburan Saham dan Pengurus Wang Bertauliah. Anda boleh tanya apa saja secara live bersama DDNK dan Team.

Dapatkan tajaan tiket Link Akses percuma untuk tarikh 16, 23, 30 Januari 2021 dengan klik link www.menangsaham.com ini sekarang!

Alhamdulillah lebih daripada 21,658 orang peserta mendapat manfaat dari ilmu yang saya sampaikan baru-baru ini. Rupanya mereka baru faham dan tersedar terdapat peluang besar dalam pelaburan saham untuk mereka mencari duit ekstra secara kecil-kecilan. Masya-Allah!


Tak mengapalah asalkan mereka sudah bertindak untuk belajar. Bagaimana pula dengan anda?

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US