Artikel

“Hi, Speed” – Adakah Saham Apple Bakal Meluncur Laju Seperti Slogannya?

Hari ini menandakan berakhirnya penantian peminat tegar iPhone di mana siri flagship 2020 Apple, barisan iPhone 12 bakal meluncur di pasaran bermula malam ini.

Dikatakan keluaran kali ini akan tampil dengan generasi teknologi sambungan internet pantas 5G buat pertama kalinya bagi keluarga iPhone.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan terbaru A14, iPhone 12 juga turut dihadirkan dengan triple-lens 3D & TrueDepth camera. Designnya digambarkan masih simple tetapi premium dengan skrin OLED bersaiz penuh memang sangat menggiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya!

Namun persoalan yang lebih penting bagi para pelabur adalah, adakah berita baik ini akan memberi impak besar kepada saham Apple sendiri?

Jom kita lihat sejarah pelancaran Apple dan hubungkaitnya dengan saham Apple sendiri.

Data dikeluarkan oleh Bloomberg melalui BofA Merrull Lynch Global Research

Jadual di atas menunjukkan hampir setiap pelancaran iPhone membuahkan pergerakan harga yang positif bagi saham Apple setelah 2 bulan ianya dilancarkan. Namun terdapat beberapa situasi di mana pelancaran iPhone memberikan impak negatif kepada harga saham.

Jadual di atas menunjukkan hampir setiap pelancaran iPhone membuahkan pergerakan harga yang positif bagi saham Apple setelah 2 bulan ianya dilancarkan. Namun terdapat beberapa situasi di mana pelancaran iPhone memberikan impak negatif kepada harga saham berikutan spesifikasi tidak menepati citarasa pelabur.

Jelas sekali di sini, acara pelancaran iPhone hanyalah suatu katalis. Namun yang menentukan naik turun saham masih adalah pelabur. Sekiranya pelabur gembira dengan berita tersebut, maka harga akan naik. Begitu juga jika pelabur tidak gembira, harga akan merudum.

Sejarah selalunya berulang. Namun tiada siapa yang boleh beri kepastian apa akan jadi hari esok. Sama-sama kita menjadi saksi apakah pelancaran kali ini akan melakar memori indah atau memahat sejarah hitam buat saham Apple.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US