Activision Blizzard Inc, bukanlah satu nama yang asing bagi gamers tegar. Siri permainan video lagenda seperti Call of Duty dan World of Warcraft adalah antara siri paling laris dan terkenal.

Di kala Activision sedang mengalami kepincangan – CEO Activision, Bobby Kotick menghadapi kes pertuduhan salahlaku gangguan seksual dan rasis di syarikat tersebut – Microsoft mengambil langkah proaktif untuk membeli syarikat tersebut.
Pembelian terbesar dalam sejarah permainan video itu berlangsung dengan jumlah nilai $68.7 bilion iaitu pada tanda harga $95 seunit saham. Microsoft menyasarkan dengan pemilikan ini dapat mengembangkan potensi konsol permainan Xbox untuk mendominasi permainan mobile dan metaverse.
Urusniaga ini turut menjadikan Microsoft yang pada asalnya adalah syarikat perisian, menjadi syarikat pengeluar permainan video ke-3 di dunia, yang mana ianya selari dengan strategi CEO Satya Nadella yang mahukan fokus terhadap content, community & cloud software.
Bobby Kotick akan meneruskan khidmatnya sehinggalah proses pengambil alihan selesai, dan tempatnya akan digantikan oleh Phil Spencer, CEO Microsoft Gaming.

Pada 18 Januari 2022, Activision Blizzard Inc. ($ATVI) mencatatkan kenaikan mendadak 25.88% hanya dalam sehari! Ini menunjukkan rata-rata pelabur melihat situasi ini sesuatu yang sangat positif dan memberikan kelebihan kepada Activision. Microsoft berkira-kira dengan penggabungan dua syarikat hebat ini mampu menyaingi Sony dalam dunia permainan suatu hari nanti.
Adakah anda juga turut gembira dengan berita ini?
Sumber: Bloomberg
Nak belajar cara beli saham macam Activision pada waktu yang tepat?
Belajar dari asas, 100% PERCUMA! Daftar sekarang di www.MenangSaham.com
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.
0 Responses
Assalamualaikum dato… Saya tidak tahu bagaimana hendak buka flakfom