Nak mula melabur? Pastinya wajib ada akaun saham terlebih dahulu! Sebahagian orang ingat nak buka akaun saham tu susah. Perlukan modal yang besar untuk buka akaun. Tidak tuan puan, Tahu tak, sebenarnya buka akaun saham lebih mudah daripada buka akaun simpanan? Jom sama-sama baca macam mana nak buka akaun saham.
Akaun Saham Sama Ke Dengan Akaun Simpanan?
Sebelum pergi lebih lanjut, eloklah kita pecahkan kekeliruan ni dulu. Jika anda berfikir begini, jangan risau kerana anda tak berseorangan. Ramai ingat akaun saham dan akaun simpanan ni sama. Lain ya tuan puan.
Di Malaysia, akaun saham dipanggil sebagai CDS (Central Depository System). So nak beli saham, kena masukkan duit ke dalam akaun CDS dulu. Daripada akaun CDS tu baru anda boleh berurusniaga jual beli saham. Jadi proses aliran wang anda adalah seperti berikut:
Akaun bank <–> Akaun CDS <–> Bursa Malaysia
Siapa Boleh Buka Akaun CDS?
Ini adalah syarat-syarat untuk buka akaun CDS. Tak cukup satu syarat, tak boleh buka. Syarat-syaratnya adalah:
- 18 tahun dan ke atas
- Tidak muflis, bankrup atau blacklisted (CCRIS/CTOS)
- Memiliki pasport yang sah (bagi bukan warganegara)
Bagaimana Nak Buka Akaun CDS?
Kini akaun CDS boleh dibuka secara online! Rujuk DI SINI kami pernah kongsikan kaedah buka akaun CDS melalui aplikasi Bursa Anywhere. Namun kami difahamkan, pemohon masih perlu ke pejabat broker untuk lengkapkan permohonan. Kami sarankan anda terus hubungi pihak broker untuk dapatkan maklumat dan buat temujanji sekiranya perlu.
Anda boleh semak senarai broker berhampiran anda melalui laman web Bursa Malaysia. Nyatakan kepada mereka anda nak buka Islamic CDS. Username dan password yang anda daftarkan perlulah anda simpan kerana butiran ini akan digunakan untuk log masuk ke trading account kelak.
Dokumen Apa Yang Diperlukan?
Dokumen yang perlu disediakan pula adalah:
- Salinan IC
- Salinan slip gaji / penyata bank (3 bulan)*
- Yuran RM10 (tidak termasuk cukai)
* Anda boleh rujuk broker berapa bulan slip gaji / penyata bank yang diperlukan.
Mudah sahaja kan?
Murah pun murah. Cuma untuk akaun anda diproses perlu mengambil sedikit masa. Anda perlu menunggu permohonan akaun CDS anda disahkan oleh Bursa Malaysia, kemudian barulah broker boleh bagi akses trading account kepada anda.
Apa Saya Perlu Buat Sekiranya Akaun CDS Masih Belum Siap?
Anda perlu beri broker sedikit masa untuk proses permohonan anda, terutamanya ketika mereka menerima volume permohonan yang tinggi. Namun jika setelah 3 minggu akaun CDS anda masih belum siap, anda boleh follow-up terus dengan pihak broker. Contoh talian Inter-Pacific Securities boleh didapatkan di laman web Interpac.
Anda juga boleh buka lebih daripada satu akaun CDS. Best kan? Jika anda nak mula melabur saham, seperti perkongsian kami sebelum ini, first kena ada ilmu dulu, second perlu ada akaun CDS. Jalan semua sudah ada. Tinggal kita sahaja mahu atau tidak. Apa lagi alasan kita untuk tidak mula melabur?






0 Responses
Name ccris atau ctos memang x boleh jadi ada penyelesaian?
Tuan boleh cuba hubungi broker dan dapatkan nasihat mereka.
Nak tanya bukà akaun saxo tungu tiga minggu juga ke
Bergantung kepada jumlah permohonan pada ketika itu.
Saya nak buka akaun saxo.modal rm 100 boleh ke tuan
Saya nak buka akaun CDS secara online boleh ke tuan? Ini adalah jerana saya tak punya byk masa untuk datang ke syarikat broker. Tolong selesaikan saya. Terima kasih.
Tuan boleh rujuk di POST INI ya.
Kalau tak kerja dan duit asyik keluar je, boleh buka akaun cds jugak ke?
Asalkan penuhi syarat yang disebutkan, boleh buka akaun CDS. Namun sebahagian broker mengutamakan mereka yang dah berpendapatan tetap.
Apakah broker saham yg patuh sariah dan Bank yg mempunyai broker salad Malaysia dan luar negara
Sudah banyak broker saham yang menawarkan akaun CDS Islamic. Di Inter-Pacific Securities pun ada akaun syariah.
Saya bru nk join datuk. Broker mana yang saya nk telefon datuk.
Tahniah kerana ada inisiatif nak mula. Boleh buka melalui aplikasi Bursa Anywhere. Rujuk ARTIKEL INI. Semoga maju jaya!
Salam saya JEFFERY baru nak belajar tentang saham
Wassalam. Terbaik tuan! Kami ada kongsikan artikel bagaimana untuk bermula. Boleh baca DI SINI ya. Kami doakan mudah-mudahan tuan jadi pelabur berjaya di masa akan datang.
Brape minimum modal?
Minimum modal adalah bergantung kepada harga saham yang dibeli. Contoh jika saham berharga RM0.50, maka modal diperlukan (tak termasuk caj) adalah RM50.
Assalamualaikum. Saya dah buka akaun CDS menggunakan Bursa Anywhere. Dan telah memilih Inter pacific sebagai platform saya.
Tapi belum activated. Dan, semasa application, saya tiada pilihan samadaakaun tu Islamic ataupun sebaliknya. Bagaimana saya boleh tahu samada akaun CDS saya tu Islamik atau conventional? TQ
Salam. Datuk kalau Kami kat luar nagara mcm mana nak buka akauan CDS ya?
saya dah daftar untuk AI guerilla start hujung bulan ni, nak buat akaun CDS tapi dia kata x sure boleh dapat dalam bulan ni. saya re-activate akaun CDS lama dari broker bank lain, dah ready sekarang. Soalan saya , ada masalah ke kalau attend training nanti tapi guna CDS platform RHB tradesmart.
mohon pencerahan. tq DDNK team.
Macam mana saya nak hubungi broker untuk buka akaun
Saya baru mengikuti ruangan Dato saya ada sedikit duit dan saya bercadang untuk.memulakan dalam bidang ini tapi bagai mana untuk bermula
kalau saya nak bukak acc saxo dengan 30 usd boleh ker?
kalau saya nak bukak acc saxo kena min 2000usd boleh ker?
muflis memang tak boleh buka acc ke?tp sy ada acc bank.
Maaf tuan. Itu bukan syarat daripada kami, tetapi daripada Bursa Malaysia.
nak kena pergi kt broker dlu ke bukak kt bursa anywhere tu dlu
Boleh apply online. Tapi still kena ke pejabat broker untuk tandatangan.
saya berniaga dan tak ada penyata gaji, bolehkah saya join
Boleh gunakan penyata akaun bank.
Assalamualaikum dato mcmna sy nk beli saham nilai prmulaan bnyk mna tolng bg pncerahan
Waalaikumussalam. Jemput daftar belajar Menang Saham ya.
Saya ada acc dan juga saya dah masuk rm 1000 tapi saya tak tau nak mula melabur mcm mana nak buka acc saxo juga dia berlainan dgn acc cds ,apa harus saya buat skrg boleh tlg saya
Jemput belajar dalam Menang Saham ya.
Kalau dah ada cds acct untuk saham yg lain boleh ke or mmg kena buka acct lain
Boleh sahaja tiada masalah.
kalo mcm sy x bekerja tp ad duit la jugak nk join jd trader,mmg wajib ke slip gaji tu,
Boleh gunakan bank statement.
xkn hnya org y berkerja je blh dftr.,kami y xde ape2 nie pon nk jugak berjaya kalo blh?
Semua orang boleh mula melabur. Jemput daftar DI SINI ya.
Nme saye ada blacklist …bolehkah saye mmbuka akaun cds mnggunakan nama isteri saye… Mohon penjelasan.. Terima kaseh…
Isteri tuan boleh buka akaun CDS sekiranya memenuhi syarat. Segala urusan deposit dan withdrawal wang juga mesti daripada akaun bank atas nama isteri tuan.
Ada buka akaun cds ke di bank bank yang ada di malaysia ni
Salam Tuan, kalau nama bawah AKPK boleh buka akaun CDS ke?
Kenapa acc cds dgn interpasific saya tak aktif lg??
saya tak pandai cakap bahasa orang puteh, macam mana nak berurusan dengan saxo? boleh ke berurusan dengan emel sahaja tanpa perlu bercakap melalui telefon?
How to open CDS account since im not a Malaysian? And i live outside Malaysia and really wanted to join Datuk..
Selama ni main forex jek. Kejap untung kejap rugi…kadang-kadang sakit hati gak tgk member2 yang main saham , nmpak mcm masyukkk jek trade stocks. bagus artikel atas ni byk yang dicover . skrg baru clear sikit ttg saham ni.