Artikel

Cabar diri kuasai ilmu kewangan

Cabar diri kuasai ilmu kewangan

Bagaimana untuk mengenal pasti bahawa status kewangan kita berada dalam keadaan stabil? Gaji bulanan yang dimiliki bukanlah penentu kepada kestabilan kewangan, sebaliknya ia bergantung kepada cara kita menguruskan dan membelanjakan pendapatan mengikut kesusaian dengan gaji yang diperolehi. 

Seseorang yang bergaji tetap setiap bulan, kebiasaannya bajet dan agihan wang dari pendapatan bulanannya akan mudah dijangka. Manakala bagi mereka yang bekerja sendiri ataupun pekerja gig ekonomi (pekerjaan sambilan), mungkin agak susah untuk menentukan budget bulanan dan harus lebih berwaspada ketika berbelanja oleh kerana sumber pendapatan mereka tidak tetap,

Namun begitu bagi yang bergaji tetap, sepatutnya mereka mengurangi perbelanjaan untuk kehendak dan lebih memperuntukkan bajet untuk simpanan tambahan ataupun tabung kecemasan mereka. Apatah lagi ketika menerima bonus tahunan, daripada menganggap imbuhan bonus itu sebagai ‘durian runtuh’ yang boleh digunakan sesuka hati, sebaiknya disalurkan ke tabung simpanan tambahan ataupun tabung kecemasan bagi membantu menyiapkan seseorang itu mengatasi hal-hal terdesak.

Sekiranya tidak mengadakan simpanan tambahan mahupun tabung kecemasan, mungkin agak sukar bagi mereka yang sudah bekeluarga berdepan dengan situasi ekonomi yang kian mencabar. Ini kerana pelbagai perbelanjaan dan keperluan masa depan anak-anak juga perlu diberi perhatian, terutamanya ketika mereka menganjak ke usia dewasa. Seboleh-bolehnya tabung tambahan didahulukan, agar ianya dapat digunakan bagi menampung keperluan mendesak di masa hadapan, terutamanya di waktu kecemasan. 

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) turut menekankan kepentingan pengurusan kewangan diri agar dapat memastikan keadaan kewangan berada di tahap yang stabil. Keadaan kewangan yang stabil boleh dicapai dengan menghindari diri daripada terjebak dengan bebanan hutang yang tinggi kerana ia boleh menjejaskan kestabilan ekonomi seseorang itu. (https://www.pidm.gov.my/my/laman-informasi/rencana/spk/2022-ms/bagaimana-pekerja-bebas-memastikan-kewangan-yang-stabil

Kawalan emosi dalam perbelanjaan harian perlu diberikan perhatian agar tidak terkait dengan permasalahan kewangan kelak. Memperuntukkan bajet bulanan akan dapat  membantu anda mengenal pasti komitmen bulanan, sekaligus membantu memahami jumlah yang perlu dikeluarkan mahupun disimpan setiap bulan. Keutamaan haruslah kepada perbelanjaan asas seperti sewa rumah, bil utiliti atau pembayaran pinjaman kenderaan atau pendidikan, 

Rujuk pakar kewangan 

Pelbagai medium bagi mendapatkan pemahaman dan kefahaman mengenai pengurusan kewangan tersedia dalam talian, seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan pandangan serta langkah yang proaktif dalam mengawal perbelanjaan serta beban kredit yang ditanggung. Bahkan, pengurusan penstrukturan hutang juga dapat membantu anda mengawal selia kewangan dengan lebih baik agar tidak terbeban dengan hutang. 

Malah, terdapat berberapa firma swata yang menawarkan program pengurusan dana kewangan sepertimana seminar yang dianjurkan oleh DDNK Holdings Sdn Bhd menerusi Program M.U.S.T, di mana program itu memfokuskan untuk memberi pemahaman kepada masyarakat tentang bertapa perlunya pengurusan kewangan dengan bijak supaya boleh memperuntukkan perbelanjaan bulanan yang lebih dengan efisien. Selain itu Program M.U.S.T itu juga turut menjelaskan fungsi beberapa instrumen atau produk kewangan yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang berlesen, terutamanya dana unit amanah dan pelaburan mandat (private mandate).

Ini kerana mungkin ada sebilangan masyarakat yang masih gagal mengawal perbelanjaan bulanan mereka, seterusnya menyebabkan meraka terhimpit dengan situasi kewangan yang tidak stabil. Oleh itu, cari peluang dan ruang untuk cabar diri bagi mengawal kewangan anda ke arah yang lebih baik, demi kelangsungan hidup di masa depan. 

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US