“Alamak, market nak crash!”
“Market bearish, merah je memanjang!”
First sekali, bertenang. Jangan panik.
Bila market sedang merudum, pelabur akan rugi. Ini adalah satu pemahaman yang silap. Indeks berwarna merah tak semestinya bermaksud semua pelabur akan rugi. Terutama pelabur profesional, kerana mereka sudah lebih makan asam garam berbanding pelabur baru.
Sedangkan pasaran jatuh bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan. Lagi-lagi sekiranya sudah naik terlalu tinggi, pasaran perlu berehat seketika – di mana kitaran ini dikenali sebagai profit taking berikutan kebanyakan pelabur yang sudah untung pada awalnya ingin mengambil keuntungan mereka.
“Tapi ni bukan profit taking. Ni crash!”
Ya, crash juga bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan. Trader-trader yang bijak boleh ‘menghidu’ sekiranya crash akan berlaku berdasarkan trend atau indicator, serta melihat kepada penjualan panik (panic selling) yang berlarutan. Mereka akan menjadi antara yang terawal keluar daripada posisi pegangan saham.
Namun, satu perkara yang mungkin anda tak tahu ialah… ketika pasaran merudum juga kita masih boleh mendapatkan keuntungan!
“Aikkk… Saham jatuh kita boleh untung? Macam mana tu?”
Jom kami kongsikan 5 perkara yang anda boleh buat dalam situasi pasaran merudum.

1. Jauhi Pasaran

Kata orang putih, “When the market is not ready to give you money, stay away from the market. Sometimes, not trading is a good trade.” Bermaksud kita hanya perlu borong saham ketika pasaran sudah sedia untuk buat tujahan ke atas.
Selain daripada itu, tiada keperluan pun untuk kita membeli. Kerana di saat situasi mencabar, tidak membeli saham juga adalah suatu keputusan yang bijak. Pokoknya, kita perlu sabar menanti waktu yang tepat untuk membeli saham.

2. Short-selling

Jangan terkejut pula kerana inilah antara kaedah yang boleh digunakan untuk memperoleh keuntungan ketika pasaran mengalami kejatuhan. Jual dahulu pada harga tinggi. Kemudian bila saham turun, beli semula pada harga rendah. Maka kita untung pada perbezaan harganya.
Berkenaan mekanisme dan status syariah, anda boleh merujuk dengan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

3. Counter-trend Strategy

Strategi ini merujuk kepada teknik khusus di mana trader akan membeli saham secara bertentangan dengan trend. Ini bermaksud, trader mencari peluang membeli saham dalam keadaan downtrend.
Biasanya counter-trend strategy hanya sesuai untuk jangka singkat sahaja dan menyasarkan keuntungan daripada ‘corrective move’. Ianya memerlukan kepakaran yang tinggi kerana trader wajib mahir mencari harga sasaran dan tempat perubahan momentum. Strategi ini tidak sesuai bagi mereka yang baru berkecimpung dalam dunia saham.

4. Earnings

Antara peluang yang wujud dalam pasaran saham juga salah satunya adalah ‘earnings’, di mana syarikat-syarikat akan melaporkan untung rugi mereka kepada awam.
Menariknya, kebiasaan earnings boleh menyebabkan sesuatu saham melonjak ke atas atau ke bawah secara drastik, tanpa perlu melihat trend. Ini kerana ianya bergantung penuh kepada prestasi syarikat dan optimistik pelabur terhadap prospek masa depan perniagaan syarikat tersebut.
Sisi ini memberi kelebihan kepada mereka yang menggunakan instrumen derivatif seperti waran yang harganya murah namun memberikan ‘leverage’ dari segi pulangan.

5. Scalping

Walaupun indeks pekat berwarna merah, namun sebenarnya tidak semua saham akan turut merudum. Terutamanya saham-saham murah, kebanyakannya harga bergerak bebas dan tidak patuh dengan pergerakan indeks.
Maka golongan Scalper boleh menyasarkan saham-saham apungan rendah, di samping memberi potensi yang lebih tinggi untuk membuat pulangan yang lebih besar untuk jangka masa singkat kerana saham-saham jenis ini lebih ringan dan mudah untuk membuat lonjakan mengejut.

Selain memerlukan kemahiran, trader juga memerlukan perisian dan platform yang sesuai, serta latihan yang mencukupi sebelum bergelar sebagai Scalper.
Jadi, siapa kata trader akan rugi semasa bearish market?
Jika ada ilmu, inshaaAllah anda pasti akan tahu apa tindakan terbaik dalam pelbagai situasi pasaran.
Belajar sesuatu?
Jangan lupa kongsikan tips ini dengan rakan anda sekali tau!
Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com
0 Responses
Masih belajar