Artikel

Biden Berkemungkinan Meneruskan Polisi Trump Terhadap China

President-elect Joe Biden tidak menunjukkan sebarang tanda yang beliau akan menarik semula kempen sekatan Trump yang telah dikenakan terhadap industri dan syarikat-syarikat teknologi China.

Terdahulu, pemerintahan Trump telah mengambil langkah memutuskan ikatan dengan firma teknologi China yang utama.

Salah satu contohnya adalah Huawei, yang mana telah diletakkan oleh US dalam senarai hitam berikutan ancaman terhadap perkembangan teknologi US. Sehingga kini, peranti terbaru Huawei masih tidak mempunyai akses teknologi US seperti produk-produk Google.

Dilaporkan penjualan telefon pintar Huawei sedikit sebanyak telah menerima tamparan hebat. Begitu juga US telah menggantung Huawei daripada bekalan utama semikonduktor.

Pembekuan Biden-Xi mungkin tidak akan cair secara mendadak seawal 2021.

Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan di mana masih terdapat ruang untuk kolaborasi dengan fokus yang sangat spesifik terhadap beberapa set teknologi.

Ini kerana rantaian bekalan antara US dan China saling bergantung antara satu sama lain lebih daripada apa yang ramai sangkakan.

Begitu juga, kebergantungan kewangan antara bank China dan sistem kewangan asing menjadikan sekatan terhadap dollar US lebih kontradik. Dengan keadaan semasa, trade wars amat sukar untuk diteruskan selamanya.

Sumber: CNBC, Reuters

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US