Artikel

Badan Kawal Selia Australia Saman Facebook, Salah Guna Data Pengguna

Badan kawal selia persaingan Australia menyatakan pada hari Rabu bahawa ia telah membuat tuntutan terhadap Facebook Inc dengan tuduhan memperdaya pengguna dalam kes pengumpulan data melalui aplikasi mobile analytic yang kini telahpun dihentikan penggunaannya.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) mengatakan aplikasi mudah alih Onavo Protect, yang digunakan kali terakhir oleh Facebook pada tahun 2019, telah memberitahu pelanggan bahawa ia akan menyimpan data mereka secara peribadi namun sebaliknya telah digunakan oleh Facebook untuk tujuan penyelidikan dan mengenal pasti sasaran pemerolehan masa depan.

Badan tersebut menuduh Onavo Protect membiarkan pelanggan menggunakan perkhidmatan rangkaian peribadi maya (VPN), memperdaya pengguna di Australia antara Februari 2016 dan Oktober 2017.

Jurucakap Facebook berkata, “Ketika orang memuat turun Onavo Protect, kami sudah jelas bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat.”

“Kami memberikan bekerjasama terhadap penyiasatan ACCC mengenai masalah ini sehingga saat ini. Kami akan mengkaji ajuan terbaru ACCC dan akan terus mempertahan kedudukan kami sebagai tindak balas terhadap ajuan baru-baru ini.”

ACCC menyatakan pihaknya meminta penalti ganti rugi berbentuk kewangan yang tidak dinyatakan jumlahnya terhadap syarikat media sosial itu.

“Pengguna sering menggunakan perkhidmatan VPN kerana mereka mementingkan privasi mereka ketika sedang atas talian, dan itulah yang didakwa ditawarkan oleh produk Facebook ini,” kata Pengerusi ACCC Rod Sims dalam satu kenyataan.

“Sebenarnya, Onavo Protect menyalurkan sejumlah besar data aktiviti peribadi mereka terus ke Facebook.”

Sumber: Reuters

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *