KUALA LUMPUR, 23 Jan – Perkembangan ekonomi negara yang semakin pantas berkembang, berkeupayaan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim antara Perdana Menteri paling lama akan memerintah negara.
Pengurus Dana Bertauliah, Dato Dr Nazri Khan, berkata melihat kepada apa yang sudah dan akan dilaksanakan, menjadikan Malaysia semakin dikenali, apatah lagi dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
“Saya percaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi antara Perdana Menteri yang mungkin akan terus menerajui kerajaan. Melihat kepada apa yang telah beliau laksanakan dan sedang melakukannya, adalah sesuatu yang wajar.
“Pertama, kita dapat melihat perkembangan ekonomi yang semakin pantas. Sebelum beliau mengambil alih, perkembangan ekonomi kita hanya 3%. Sekarang, meningkat kepada 4% dan hampir 6%,” katanya. (https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/bisnes/2024/11/1155262/ekonomi-malaysia-berkembang-53-pada-suku-ketiga-2024)
Beliau menambah, jumlah pelaburan yang diterima negara telah meningkat kepada 30% dalam tempoh dua tahun pemerintahan Kerajaan Perpaduan, dengan instrumen-instrumen pelaburan saham dan stok.
“Ini menunjukkan pelaburan terpercaya meningkat. Dari itu, kita dapat lihat sebahagian besarnya daripada FDI, Investasi Selatan dengan kemasukan pelabur-pelabur hebat seperti Microsoft, Google, NVIDIA, semuanya akan datang ke Malaysia.
“Saya rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan pekerjaan yang baik. Bukan sahaja itu, beliau juga sangat bijak manfaatkan dari pelabur-pelabur yang hebat,” katanya.