Artikel

Akhirnya, Ringgit Malaysia Kembali Mengaum!

hand-hold-each-banknote-of-50-ringgit-malaysia-malaysia-finance-concept-photo

Ringgit Malaysia telah mencatatkan pengukuhan yang cukup menarik berbanding dolar AS dalam tempoh enam bulan terakhir. Pada 17 September 2024, Ringgit meningkat sebanyak 7.86% berbanding dolar AS, dengan nilai semasa 4.2535/2645 berbanding 4.2975/3050 sebelumnya. Yang lebih menarik, pada suku ketiga 2024, Ringgit mengukuh sehingga 14.4% berbanding dolar AS, menjadikannya antara mata wang yang menunjukkan prestasi baik di pasaran global.

Buat kali pertama dalam hampir enam bulan, Ringgit melonjak ke paras tertinggi. Ini memberikan kita peluang yang mungkin tak boleh dilepaskan begitu sahaja, terutamanya bagi mereka yang sedang memikirkan untuk memperluaskan pelaburan ke pasaran global.

Apa Maksudnya Bila Ringgit Kuat?

Apabila Ringgit menguat, ini membuka beberapa peluang penting bagi pelabur, antaranya:

  1. Kuasa beli meningkat di pasaran global
  2. Aset global menjadi lebih berpatutan dalam nilai Ringgit
  3. Pelabur tempatan mendapat kelebihan dalam tukaran mata wang
  4. Peluang untuk memasukki pasaran global dengan risiko yang lebih terkawal

Ini mungkin masa yang baik untuk mempertimbangkan pelaburan di pasaran antarabangsa yang semakin menarik. Kuasa beli kita yang meningkat menjadikan peluang untuk memperoleh pulangan lebih tinggi kelihatan lebih mudah diakses.

Mengapa Ringgit Menguat?

Pengukuhan Ringgit ini bukanlah tanpa sebab. Beberapa faktor utama yang menyumbang kepada keadaan ini termasuk:

  1. Dolar AS Lemah
    Dengan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh The Federal Reserve (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah, ramai pelabur beralih dari dolar AS dan melihat pasaran yang lebih stabil, seperti Malaysia.
  2. Harga Komoditi Stabil
    Harga minyak dan sawit yang stabil memberikan keyakinan kepada pelabur, terutamanya dalam sektor eksport utama Malaysia.
  3. Pasaran Global Tengah Cooling Off
    Sebagai pasaran di Amerika Syarikat lebih stabil, pelabur mula melihat peluang baru di luar negara, terutamanya di pasaran Asia dan negara-negara yang sedang berkembang.

Peluang Yang Menunggu Untuk Diterokai

Ini adalah masa yang sesuai bagi mereka yang ingin mengembangkan portfolio pelaburan mereka ke peringkat global. Walaupun peluang ini cukup menarik, penting untuk memahami bahawa tidak semua orang akan melihat atau mengambil kesempatan daripadanya. Melihat peluang, memahami langkah yang perlu diambil, dan bertindak pada masa yang tepat adalah langkah pertama untuk mengembangkan kekayaan dengan bijak.

Trend ini mungkin tidak kekal lama. Keadaan pasaran boleh berubah, jadi mengambil langkah proaktif untuk memahami potensi pasaran global adalah langkah yang bijak. Jika anda sedang mencari peluang untuk melabur di luar negara, ini mungkin waktu yang baik untuk memulakan langkah pertama.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US