Artikel

Ada Apa Hidup Jadi Ala Instafamous Ni?

Hidup Jadi Ala Instafamous

Wah, apabila buka akaun Instagram sekarang ini, silau mata saya melihat pakaian dan beg tangan penuh ‘bling-bling’ yang digayakan orang-orang popular di media sosial tersebut, atau digelar Instafamous.

Kehidupan mereka penuh glamour dan mewah, daripada beg tangan berjenama, rumah agam, makan malam mewah kepada kereta sport dan motosikal berkuasa tinggi.

Tipulah kalau anda tidak pernah berangan untuk menjadi seperti mereka.

Tetapi pernahkah anda terfikir, macam mana mereka ini jadi kaya? Ya, sama seperti orang kaya lain, mereka ini rajin berusaha.

Mereka berusaha ambil gambar OOTD yang paling menarik setiap hari, berkongsi rutin senaman, membuat ulasan pelbagai isu semasa dan macam-macam lagi.

Ada juga antara orang-orang Instafamous ini menjadi terkenal dengan menjual produk sendiri. Daripada meniaga online secara kecil-kecilan, mereka berjaya mengembangkan perniagaan dengan membuka kedai.

Apabila sudah terkenal dan menjadi Instafamous, mereka masih rajin bekerja untuk menggandakan lagi kekayaan. Mereka buat IG review pelbagai produk, mereka hadiri pelbagai majlis atas tuntutan kerja, dan yang ada produk sendiri pula tidak pernah berhenti mempromosi jenama mereka walaupun sudah popular.

Kejayaan dan kekayaan yang mereka perolehi bukan datang bergolek. Jadi janganlah kita ada sifat hasad dengki terhadap kehidupan mereka yang serba lengkap, sebaliknya jadikan mereka sebagai inspirasi untuk kita lebih berjaya.

Anda boleh belajar cara pemasaran produk daripada ramai Instafamous jika anda mahu memulakan perniagaan sendiri.

Tetapi kalau anda jenis yang malu-malu atau tidak yakin untuk menjual produk di media sosial atau tidak mempunyai modal mencukupi untuk memulakan perniagaan, saya cadangkan anda mengumpul kekayaan dengan cara yang lebih mudah, iaitu pelaburan saham.

Pelaburan saham adalah pelaburan dengan kos paling rendah dan mampu memberikan pulangan tanpa had jika anda belajar daripada guru yang betul.

Malah, mengapa perlu sekadar menjadi Instafamous jika anda boleh menjadi pemilik Instagram dengan membeli saham Facebook, syarikat yang memiliki Instagram?

Percayalah pada saya, kekayaan yang anda akan perolehi daripada pelaburan saham jauh lebih tinggi daripada menjadi orang popular di media sosial.

Sampai satu tahap nanti, anda akan mampu menjana keuntungan ribuan ringgit hanya dalam beberapa jam dengan menjual beli saham.

Namun sama seperti Instafamous, tiada kejayaan yang akan datang bergolek jika kita hanya duduk goyang kaki. Anda juga perlu berusaha. Bezanya anda tidak perlu susah payah mencari sudut tubuh yang cantik dan berpanas terik untuk membuat OOTD dan tidak perlu membuat IG review untuk menjadi kaya.

Anda hanya perlu hadiri seminar dan kelas pelaburan yang dikendalikan di dalam bilik berhawa dingin untuk belajar melabur dalam saham. Jika anda boleh melayari Instagram berjam-jam sehari untuk mengagumi kehidupan Instafamous yang serba glamour, saya pasti anda mampu peruntukkan sedikit masa untuk belajar ilmu pelaburan.

Sudah-sudahlah berangan menjadi kaya seperti Instafamous. Ambil langkah pertama untuk merealisasikan impian itu dengan mencari guru pelaburan saham yang tidak lokek berkongsi ilmu dengan anda.

Apa yang penting, sebelum belajar pelaburan saham, pasang niat bahawa anda mahu kaya kerana ingin mencapai kebebasan kewangan, dan bukanlah untuk menunjuk kekayaan anda di media sosial. Ingat, niat itu penting untuk mendapat rezeki yang berkat.

Jom sertai seminar dan kelas pelaburan saya untuk belajar buat duit dengan smartphone! Layari www.pelaburglobal.com sekarang.

share it :

0 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US