Jangan cerita tentang kerja sahaja. Apa-apa benda sekalipun dalam hidup, perkara no. 1 kita kena lihat adalah sikap. Orang Jawa panggil ‘attitude’. Sikaplah yang akan menentukan sama ada kita akan berjaya atau tidak.
Contoh paling mudah, simpanan. Tanpa sikap yang betul, simpanan pun tak akan berganda. Bulan demi bulan hanya berlalu dengan kemalasan dan keborosan. Sikap yang betullah yang akan melindungi kita daripada penyakit seperti ini. Hanya diri kita yang mampu mengubah nasib kita. Setuju?
Mengubah sikap bukanlah suatu yang mudah. Namun jika anda benar-benar ingin berjaya, inilah perkara pertama yang harus anda beri perhatian. Latih dan didik minda anda supaya sentiasa terbuka untuk menerima input baru. Dengan ini anda boleh maju lebih jauh lagi ke depan.
Bagaimana pula dengan sikap dalam pelaburan? Ini 3 attitude yang wajib ada pada pelabur baru supaya sentiasa kekal relevan dalam pasaran:
1. Akur Kesilapan Diri
Tak ramai pelabur yang sanggup akur kesilapan diri sendiri. Biasanya apabila rugi, adalah yang akan dipersalahkan. Salah market la. Salah guru mengajar la. Salah anak menangis la. Salah jiran sebelah sidai baju la. Kau nampak? Yang penting bukan kau yang salah…
Haaaa.. Tak boleh macam tu. Sikap macam ni kena perbetul. Kalau tak sampai bila-bila anda tak akan sedar dan ubah apa yang patut. Macam mana nak belajar benda baru dan perbaiki kesilapan kalau asyik tuding jari kepada orang lain?
2. Muhasabah Untuk Bangkit
Orang yang berjaya, mereka mempunyai minda bawah sedar untuk sentiasa memberi motivasi dalam setiap perkara yang mereka buat.
Apabila tersilap langkah, mereka akan berhenti sejenak sambil merenung sekiranya ada steps yang mereka terlepas pandang.
Atau mungkin ada faktor luaran yang belum kita lunaskan seperti tanggungjawab kepada ibu bapa, kepada majikan, kepada jiran tetangga atau lain-lain.
Manusia yang cemerlang adalah manusia yang buat silap, kemudian bermuhasabah untuk mencari solusi jalan keluar masalah tersebut. Dengan itu anda dapat upgrade diri anda menjadi lebih matang dalam membuat tindakan.
3. Komitmen Dengan Tindakan Untuk Hasil Yang Konsisten
Kunci utama kejayaan adalah konsisten. Untuk mencapai tahap konsisten pula perlunya kepada komitmen secara berterusan. Bukan hari ini belajar, esok lusa sudah berhenti.
Ada orang belajar kemudian lupa. Tak mengapa, itu biasa. Namun apa usaha tindakan kita untuk sentiasa ingat perkara yang dipelajari? Terutamanya bab saham yang ada aspek-aspek teknikal. Adakah kita hanya menunggu sehingga ada yang mengingatkan atau kita sendiri mahu mencari inisiatif lain?
Ingat tuan puan, komitmen akan menghasilkan result yang luar biasa. Biar sedikit namun berterusan. Usaha mesti terus berjalan agar akal tidak mati.
Bertindak mencari ilmu hari ini, esok, lusa dan seterusnya hingga hembusan nafas terakhir. Ianya tidak memenatkan seandainya dipandu dengan azam dan cita-cita yang tinggi.
Belajar sesuatu?
Jom komen apa yang anda faham daripada perkongsian kali ini! Jangan lupa share sebanyak mungkin dengan rakan-rakan lain.
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.
0 Responses
Dapat follow FB Dato dapat Juga ilmu bertatih-tatih. Semoga Dato & team sentiasa dirahmati Allah.
Alhamdulillah. Terima kasih atas doa. Moga tuan juga dikurniakan ilmu dan rahmat Allah inshaaAllah.