Trading journal?
Aduhhhh… Wajib ke?
Ini bukan keluhan pertama yang kami dengar. Kami yakin, tak semua orang suka buat trading journal kan?
Trading journal adalah catatan setiap kali anda trade. Pada harga berapa anda beli? Pada harga berapa pula anda jual? Bila trade bermula dan bila ianya berakhir? Sekiranya terdapat apa-apa faktor tambahan, masukkan sekali.
“Tapi bukan ke dalam trading platform history dah tercatat semua tu? Kena tulis juga ke?”
Ya… Wajib tulis semula. Dalam history memang ada catat transaksi, tetapi tak catat faktor psikologi. Jom kami kongsikan 3 rahsia kenapa DDNK wajibkan pelajar beliau menulis trading journal.
1. PAKSA BUAT CHECKLIST
Apabila buat trading journal, secara tidak langsung akan memaksa anda membuat checklist setiap kali trade. Kerana anda wajib tulis, apa suasana pasaran pada hari tersebut, apa scanner yang digunakan, apa technical analysis yang dibuat, dan bagaimana trade tersebut dilaksanakan.
2. TRADING PLAN AWARENESS
Kita tahu kesilapan utama trader dalam pasaran adalah selalu tak follow trading plan. Masih ingat di sekolah dulu kita selalu menulis apa yang diajar walaupun biasanya kita tak baca semula apa yang ditulis?
Dengan menulis kita akan mengingat dengan lebih kuat. Maka kita akan mengingat bagaimana keperitan loss dan kemanisan profit. Dengan menulis trading journal juga akan meningkatkan awareness yang mengikut trading plan adalah lebih lebih profitable berbanding trade ikut suka.
3. REKOD ‘MERIT & DEMERIT’
Di sinilah kita boleh tebuk semula kesilapan lampau. Kita boleh lihat semula bad trades dan belajar untuk elakkan kesalahan yang sering kita lakukan.
Pada masa yang sama, kita juga boleh menganalisis winning trades kita untuk kita ulang ‘magic’ kita di masa akan datang.
So macam mana?
Dah bersemangat nak mula menulis trading journal lepas ni? Tak perlu complicated pun. Anda boleh tulis dalam MS Word, Google Doc, Evernote atau mana-mana sahaja yang anda suka.
Akhir kata, ingatlah yang kita bukan trade sekadar untuk suka-suka. Nak melabur dengan serius, kena beramal secara serius juga. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
Anda bagaimana?
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.
0 Responses
salam ,bolih tak tunjuk contoh trading plan yg terbaik utk new babies ,sebab saya sudah setahun dlm trading selalu loose nak tanya tempat lain tidak di layan ,hanya di sini saja yg bolih beri saya contoh nya,saya berharap sangat supaya saya bolih terus perjalanan saya dlm trading
Tuan boleh ikuti perkongsian live di FB DDNK Club setiap hari. Join percuma di sini DDNK Club.