Artikel

3 Kepercayaan Penting Dalam Pasaran

3 kepercayaan ini sangat popular di kalangan trader dan dijadikan sebagai “pedoman hidup” dalam trading sejak dahulu lagi. Amalkan kepercayaan ini untuk menjadi seorang trader yang sentiasa mengikut tren pasaran!

Market Action Discounts Everything

Perasaan tak bila syarikat mengeluarkan berita baik, harga saham akan melonjak naik dan turun semula dan tutup di paras yang rendah?

Ini kerana insider (jerung) dah kumpul saham sejak dulu lagi dan akan jual semasa berita baik yang sudah dijangka oleh mereka dan tahu newbie trader akan beli semasa berita bagus..

Ini adalah salah satu kepercayaan trader iaitu market action discounts everything, 

Juga bermaksud segala info yang bakal berlaku akan dipaparkan dalam carta harga saham lagi awal, jadi trader hanya perlu lihat price chart untuk kenalpasti hala tuju harga syarikat tersebut.  

Sebagai contoh, baru-baru ni berita sedih tentang kawasan pantai timur ditenggelami dengan banjir dan kaunter syarikat perabot telah pun membuat kenaikan berbulan awal, mungkin permintaan perabot akan meningkat? Saya biarkan anda mencari jawapan sendiri..

So kalau anda nak masuk trade awal seperti jerung2 anda perlu la belajar trade mengikut carta dan bukan berdasarkan berita. 

Prices Move In Trend

Syarikat sektor pembuat sarung tangan getah laku seperti pisang goreng panas sejak awal 2020 dan bertahan hampir setahun dan selepas itu minat beralih pula kepada sektor kesihatan (healthcare) yang mana sekarang menjadi rebutan pedagang dan pelabur.

Teori ini dipanggil sebagai prices move in trend, selagi mana price berada dalam trend (laku dan hangat) selagi itu kita pegang atau beli tetapi setelah trend telah berubah nak tak nak kita kena lupakan dan move-on daripada syarikat tersebut.

History Repeats Itself

Ungkapan “sejarah pasti berulang” selalu kita dengari jika kita tidak belajar daripada kesilapan. Kesilapan pertama anggap sebagai pembelajaran, tetapi lakukan kesilapan yang sama kali kedua adalah salah sendiri.. Ini berkait rapat dengan teori terakhir iaitu history repeat itself.

Pergerakan harga di dalam pasaran selalu berulang kerana ramai trader newbie tidak belajar daripada kesilapan dan ini adalah bagus untuk kita kerana ia senang dijangka. 

Trader akan menggunakan teknik TA untuk menjangkakan pasaran harga pada masa hadapan dengan menggunakan harga yang telah berlaku pada waktu lepas. 

Anda perlu amal dan hafal 3 teori ini sebelum melangkah ke hadapan belajar teknik technical analysis yang lebih maju. Pastikan anda comment dan share di facebook jika anda berminat nak kami share artikel yang padu lagi seterusnya tentang teknik-teknik trading.

share it :

0 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US