Artikel

3 Jenis Trend Saham Pelabur Baru Wajib Ambil Tahu

Trend juga wujud di dalam pasaran kewangan dan sangat penting untuk kita kenalpasti dan ikut trend tersebut.

Bayangkan anda ingin memancing di laut, terdapat dua trend iaitu air pasang dan air surut.

Anda hanya akan memancing jika air tengah pasang kerana time tu banyak ikan keluar, tapi time air tengah surut anda kena tinggalkan hasrat untuk memancing kerana peluang dapat ikan sangat tipis.

Ketika air surut, lebih baik pergi menikmati ikan yang dah ditangkap time air pasang dulu.  

Ini juga berkait rapat dengan trend di dalam pasaran saham, terdapat 3 trend iaitu uptrend, downtrend dan sideways. 

Uptrend

Carta di TradingView

Uptrend bermaksud harga saham membuat kenaikan lebih tinggi daripada sebelumnya. Harga akan kekal di dalam uptrend untuk masa yang lama dan keadaan uptrend sesuai untuk kita membeli atau memegang saham. Peluang untung semasa uptrend adalah tinggi kerana harga akan sentiasa naik dalam uptrend.

Downtrend

Carta di TradingView

Seterusnya, harga saham yang membuat penurunan lebih rendah daripada hari sebelumnya dinamakan downtrend. Downtrend sesuai untuk kita jauhkan daripada market dan selagi dia belum berubah dari downtrend ke uptrend selagi itu kita tidak akan beli. Elakkan membeli semasa downtrend kerana peluang untung akan menjadi kecil berbanding beli semasa uptrend.

Sideways

Carta di TradingView

Ketiga adalah sideway dimana harga tidak membuat kenaikan lebih tinggi atau rendah, erti kata lain harga adalah flat. Bila jumpa je trend macam ni cari je la counter saham yang lain. Buang masa dan duit anda kerana harga membuat perubahan kecil je.

Akhir sekali, perlu bijak dalam mengenalpasti trend kerana membeli atau menjual dalam trend yang salah boleh meningkatkan risiko untuk untung.

Amacam?
Belajar sesuatu?

Pastikan anda membaca kesemua posting agar tidak ketinggalan dengan rakan-rakan trader lain. Reply di ruangan komen jika anda selalu beli berdasarkan trend ataupun melawan trend.

share it :

0 Responses

    1. 1) beli waktu harga saham tengah meletup.
      2) elakkan beli saham yang tengah merudum kerana peluang mendapat untung adalah sedikit.
      3) jauhi saham yang tidak ada arah tuju yang jelas.

  1. Sekarang ni trend saham di seluruh us dan europe tengah nak meletup la ni.

    Terima kaaih ddnk dan crew good luck 2021

    1. Beli semasa uptrend tu dah betul. Namun cuba kaji semula di mana silapnya. Mungkin strategi anda perlukan smaller time frame confirmation?

  2. Saya sentiasa follow information yg diberikan ddnk & team. Terima kasih team. Jasa anda tidak terbalas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US