Artikel

3 Jenis Platform Untuk Trading

“Dato’, banyaknya trading platform. Mana satu yang saya perlu tengok?”

Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita pecahkan kekeliruan ni terlebih dahulu. Sebelum ini mungkin anda lihat semua platform untuk trading adalah sama. Kami jamin selepas baca ni, anda akan faham kategori-kategori platform supaya lebih mudah anda nak pilih platform terbaik mengikut ciri yang anda perlukan.

Sedia? Let’s go!

Secara mudahnya, kita bahagikan platform kepada 3 jenis fungsi iaitu screen/scan, analysis dan trade. Ketiga-tiga fungsi ni perlu digunakan sebelum beli sesuatu saham. Jom kita tengok satu per satu.

Screener/Scanner Platform

Screen atau scan adalah fungsi asas dalam platform yang membolehkan anda untuk terus dapatkan saham mengikut kriteria yang anda tetapkan. Bayangkan di Bursa Malaysia ada sekitar 1000 kaunter. Di US ada lebih 100,000 kaunter. Nak cek satu2 adalah kerja gila!

Contoh kata anda nak saham berharga RM1 dan ke bawah, dengan harga berada di atas 50 moving average sebagai penanda uptrend. Anda boleh masukkan rules ini dalam platform tersebut dan terus klik scan atau screen untuk dapatkan senarai saham yang memenuhi kriteria tadi.

Contoh screener dalam Finviz lebih memudahkan proses carian saham

Ada banyak screen/scan platform yang boleh didapatkan secara percuma. Contohnya seperti Finviz. Kami akan cerita lebih lanjut dalam contoh yang seterusnya.

Analysis Platform

Selepas buat screening anda perlu buat chart analysis atau study pula. Untuk ini, anda perlukan platform yang sesuai untuk memudahkan bacaan carta. Ya, carta sama sahaja dalam mana-mana platform sekalipun. Namun yang biasa dicari oleh traders adalah tools dan indicators yang terdapat dalam platform tersebut.

Analysis platform yang bagus ialah yang membolehkan anda buat kajian di pelbagai peringkat seperti kajian suasana pasaran, kajian kelas aset yang berbeza, kajian sektor, kajian industri, dan kajian saham secara individual.

Antara platform yang mesra pengguna untuk buat analisis adalah TradingView. TradingView ni social media bagi traders. Yang bagusnya, ada macam-macam indicators yang dibekalkan kepada pengguna secara percuma. Bukan tu je, kalau anda dah advance, anda juga boleh cipta indicators sendiri di samping buat coding untuk backtest sistem anda!

Tradingview menyediakan analysis tools yang canggih kepada pengguna secara percuma

Jangan terkejut jika ada penyedia platform yg menjual servis mereka dengan harga yg sangat tinggi. Kerana biasanya professional traders juga mencari ciri kajian yg lebih advance seperti multiple timeframe, algorithmic capabilities, backtesting system, time cycle analysis, dan macam2 lagi.

Selain tu, ada juga platform percuma untuk buat analisis seperti Investing.com, Webull dan trading platform yang dibekalkan oleh broker. Kesemua platform yang kami sebutkan bukan sahaja boleh buat analysis, malah juga boleh buat screen/scan. Jadi ada dua fungsi dalam satu platform.

Trading Platform

Jangan tertukar dengan analysis platform pula. Hanya melalui trading platform anda boleh beli dan jual saham tau. Platform lain hanya untuk tujuan kajian sahaja. Trading platform dibekalkan oleh broker, maka anda perlu mendaftar dengan broker.

Proses pendaftaran biasanya mengambil masa kerana mereka perlu mengesahkan identiti anda. Ya, mereka mesti akan minta salinan IC atau pasport anda. Ini kerana melibatkan transfer duit, perlu ada black and white. Itu syarat umum yang kita wajib tahu.

Yang bagusnya, kebanyakan trading platform juga dilengkapi dengan fungsi analysis, bahkan mungkin fungsi screen/scan sekali. Senanglah jika semua ni ada dalam satu platform, all-in-one!

Paling penting untuk anda pastikan trading platform yang anda gunakan adalah berlesen dan dipantau oleh autoriti (regulator) yang sah di sesebuah negara. Di negara kita, kita ada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Di US, kita ada Securities and Exchange Commission (SEC) dan FINRA.

Sekarang, anda sepatutnya faham ciri-ciri yang anda perlukan. Pastikan anda boleh akses kepada ketiga-tiga ciri tersebut. Nak campur-campur pun tiada masalah. Misalnya anda nak screen guna Investing.com, buat analisis dalam TradingView, kemudian beli saham tersebut guna InterPac Securities.

Faham ke faham?

So, tunggu apa lagi? Anda boleh start cari platform kegemaran anda mulai hari ini!

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

share it :

0 Responses

  1. Assalamualaikum ni saya orang luar daripda malaysia. Masalah saya kita nak buka acc saham dimana mana susah sangat dan apa lagi dinegeri saya Brunei.
    Jadi bagai mana kah cara yg paling mudah untuk membuka acc saham ini.
    Sekira lah saya dh dapat acc saham bagai mana nak keluarkan wang2 yg diperolehi itu nanti. Sqya maseh keliru dengan semua ini.

    1. saya nak buka akaun di platform saxo…tetapi saya kurang arif bagaimana nak mula…tolong…dan berapakah nilai deposit terendah di saxo.

  2. as sallam haffiz,ingin sgt nk tau mcm ner nk belajar care2 nk beli,jual sham atau pun nk perolehi hasil sham sy ni……

  3. saya macik kia. berminat sangat nak join saham ni.xp macik ni zirro nak daftar akaun cds pun x tau cara.layak ke macik kia ni main saham ye?
    bolh ajar macik kia x?

  4. Assalamualaikum sy nak Tanya bagaimana nk buka acc saxo dah download nk cari broker dimna ea… Mentor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US