Bitcoin menarik perhatian seluruh dunia setelah harga untuk 1 Bitcoin mencecah US$19,000 (sekitar RM77,083) pada Disember 2017. Ramai peniaga seperti syarikat penjual kereta menawarkan kaedah pembelian barang menggunakan Bitcoin. Waktu tu ramai mengeluh “kenapalah aku tak invest awal-awal?”
So, patut ke kita invest dalam kripto?
Cryptocurrency dikenali sebagai mata wang kripto adalah satu matawang alternatif kepada wang fiat (duit kertas). Kripto diciptakan tanpa pengawasan daripada pihak kerajaan dan bank, serta teknologi digunakan kripto membuatkan ia salah satu medium penghantaran wang yang terjaga privasinya kerana transaksi yang dilakukan adalah sulit dan rahsia.
Sejak kejatuhan harga kripto pada Disember 2018 di mana harga mencecah sekitar US$3,100 (RM12,576) ramai pihak yang menyatakan bahawa kripto tidak sesuai untuk dilabur kerana nilai telah turun, tidak boleh dipecayai dan sebagainya. Tetapi harga telah pun mencecah sekitar US$47,130 (RM191,200).
Kenaikan harga Bitcoin sangat memberangsangkan dan disokong oleh katalis yang kukuh. Pada 8 Februari 2021, Tesla mengumumkan bahawa mereka telah pun membeli Bitcoin berjumlah USD$1.45 Bilion dan tujuan utama pembelian tersebut adalah untuk mempelbagaikan dan memaksimakan pulangan atas tunai mereka. Tambahan pula, Bitcoin akan menjadi medium pembayaraan antara Tesla dan pelanggan dalam membeli produk Tesla. Menariknya, sebaik sahaja Elon Musk menggalakkan pembelian kripto Bitcoin dan Dogecoin menerusi Twitter, harga kedua-duanya terus naik.


Selain itu, brand dikenali ramai, Apple turut menyatakan hasrat untuk join penggunaan matawang kripto. Apple akan menyediakan kemudahan untuk membeli dan menjual kripto kepada pengguna. Dengan perisian yang canggih serta ekosistem yang selamat, Apple dapat menyelesaikan masalah individu yang sukar untuk mendapatkan kripto disebabkan oleh know-your-customer laws dan peraturan yang lain. Apple akan menggunakan Apple Wallet Card untuk menyimpan sebarang mata wang kripto. Akan tetapi Apple menghalang melombong kripto menggunakan iPhone dan menggunakan kad kredit untuk membeli kripto.
Facebook pun dah ready nak wujudkan kripto sendiri pada awal 2021 yang dinamakan Diem currency (dulu dikenali sebagai Libra). Tarikh pelancaran akan ditetapkan selepas mendapat persetujuan daripada Swiss Financial Market Supervisory Authority. Kripto Diem dicipta untuk memudahkan pemindahan wang atas talian semudah menghantar gambar online. Penggunaan kripto juga akan memberi manfaat kepada Facebook dari segi pengiklanan di Facebook. Tambahan pula, Facebook juga mempunyai perancangan untuk mewujudkan kripto wallet untuk menyimpan mata wang kripto dalam wallet tersebut.
Akhir kata, kebangkitan harga Bitcoin pada 2021 adalah disebabkan oleh kuasa-kuasa besar mula berminat untuk menggunapakai kripto dalam sistem transaksi mereka. Adakah matawang kripto mempunyai sinar harapan dan bakal mendapat perhatian di masa akan datang?
Sama-sama kita nantikan…
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.
0 Responses
Assalam DDNK… Mcm mana saya nak belajar invest dlm krypto..