Terma & Syarat Peserta

1. Pihak Vega Hermosa akan emailkan kepada anda maklumat program selepas anda mendaftar.

2. Tiket ini tidak boleh ditukar ganti dengan nilai wang, kredit atau barang.

3. Tiket ini hanya boleh ditebus guna untuk program Sembang Ekonomi DDNK pada tarikh yang termaktub dan boleh digunakan sekali sahaja oleh setiap penerima.

4. Pihak Vega Hermosa berhak untuk menukarkan tarikh, masa atau menukar penceramah jika berlaku sesuatu diluar jangkaan.

5. Pihak Vega Hermosa berhak menukar terma dan syarat tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.

6. Selepas anda membuat pendaftaran, pastikan anda sertai Facebook Close Group DDNK Club & Telegram Channel Dato Dr Nazri Khan untuk memudahkan komunikasi dan untuk kami berkongsi ilmu supaya anda dapat bersedia sebelum hadir ke Program nanti. Sila semak email anda dari masa ke semasa untuk dapatkan info lanjut.

KENYATAAN PENAFIAN

  1. Semua bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi Sembang Ekonomi DDNK ini adalah hak cipta Dato’ Dr. Nazri Khan serta Penganjur dan sebarang penggunaannya adalah  tertakluk kepada undang-undang harta intelek iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 1976. Dilarang sama sekali pengulangan cetak atau penerbitan semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan
  • Penganjur melarang mana-mana pihak dari mengadakan program atau latihan seumpama Sembang Ekonomi DDNK atau menggunakan nama dan kaedah seumpamanya tanpa kebenaran bertulis daripada Penganjur dan Dato’ Dr. Nazri Khan yang merupakan pemilik sah harta intelek berkaitan dengan Sembang Ekonomi DDNK ini.
  • Penganjur melarang sebarang kegiatan seperti mengambil data/butiran peserta, menjual barang atau apa-apa jua aktiviti yang tidak mendapat kelulusan bertulis daripada Penganjur sama ada di dalam atau di luar program Sembang Ekonomi DDNK.
  • Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta Sembang Ekonomi DDNK yang mengingkari atau melanggari mana-mana syarat penyertaan yang dinyatakan di atas dengan serta-merta dan yuran penyertaan Sembang Ekonomi DDNK tidak akan dikembalikan kepada peserta  berkenaan.
  • Pihak  penganjur  tidak  akan  mendedahkan  maklumat peribadi peserta kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan untuk sebarang tujuan.
  • Setiap contoh, analisis dan informasi yang ditunjukkan semasa program adalah berdasarkan sumber yang dipercayai oleh pihak pihak penganjur dan hanya digunakan untuk tujuan pendidikan dan latihan semata-mata, dan bukan sebagai saranan atau cadangan. Pihak penganjur tidak menjanjikan sebarang jaminan terhadap ketepatan sama ada dari segi informasi atau masa, kesempurnaan, kesesuaiannya, pencapaian,  keputusan atau apa sahaja yang berkaitan. Sebarang strategi atau kaedah yang diajar tidak menjanjikan keuntungan dan berkemungkinan menyebabkan kerugian. Program Sembang Ekonomi DDNK diadakan dengan persetujuan bahawa tenaga pengajar atau penganjur tidak menyediakan perkhidmatan dalam bidang perundangan, perakaunan, pencukaian atau mana-mana perkhidmatan berbayar yang tiada kaitan dengan program ini.
  • Anda diingatkan bahawa aktiviti pelaburan ataupun trading saham mungkin tidak sesuai untuk sesetengah individu atau kumpulan atau syarikat atau lain-lain yang berkaitan. Aktiviti pelaburan dalam ekuiti atau ekuiti derivatif melibatkan risiko yang signifikan dan berkemungkinan boleh mengalami kerugian modal yang dilaburkan. Anda tidak digalakkan untuk melabur lebih daripada jumlah yang anda sanggup rugi dan anda dinasihatkan agar memahami akan setiap risiko yang terlibat. Sebelum anda memulakan pelaburan, anda dinasihatkan memberi pertimbangan sewajarnya berkaitan dengan tahap pengalaman dan objektif pelaburan. Anda juga dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pakar kewangan bertauliah jika perlu.
  • Peserta wajib mematuhi kesemua arahan yang dikeluarkan oleh pihak Vega Hermosa International Sdn Bhd seperti sebelum, semasa & selepas program yang telah ditetapkan  yang disebutkan.
Scroll to Top
Buku Dato' Dr. Nazri Khan

AUTOPILOT MILLIONAIRE

Pra-tempah buku Autopilot Millionaire sekarang. 

Buku