KUALA LUMPUR: Beberapa faktor dikenal pasti sebagai penghalang utama kurangnya pengetahuan golongan Bumiputera di dalam dunia pelaburan, menurut penganalisis pasaran, Datuk Dr Nazri Khan.
Beliau berkata, antara yang sering menjadi permasalahan adalah kurangnya literasi pelaburan saham dalam komuniti Bumiputera kerana ramai masih tidak memahami asas seperti bagaimana saham dijual beli, cara membuat analisis fundamental dan teknikal, risiko pasaran serta kestabilan syarikat.





