Kuala Lumpur: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di negara ini perlu mempertimbangkan untuk melantik pakar dalam bidang pelaburan atau pengurus dana bertauliah bagi mengurus dan mengawal selia aset pelaburan dalam memastikan tiada kerugian dana awam berlaku.
Penganalisis ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan berkata, ketidakcekapan dalam pelaburan membabitkan GLC dan GLIC perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah bagi mengelakkan pelaburan tidak menguntungkan.
Katanya, tidak salah untuk kerajaan melabur dalam syarikat pemula (start-up), namun penting untuk mengetahui potensi dan keupayaan syarikat berkenaan dalam pasaran perniagaan sebelum sebarang dana dilaburkan.