Kuala Lumpur: Belanjawan 2025 yang dibentangkan minggu lalu dilihat mampu untuk mengubah sistem pengkelasan pendapatan isi rumah sedia ada ketika ini daripada berbentuk piramid kepada ‘diamond shape’.
Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan berkata, ketika ini kategori pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20 adalah berbentuk piramid di mana golongan pendapatan terendah adalah yang paling ramai.
Beliau berkata, dengan pelbagai langkah dan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dalam Belanjawan 2025, sistem itu boleh berubah kepada ‘ diamond shape’ di mana kelas pertengahan atau M40 akan lebih membesar.