BERITA

Belanjawan 2025 bukan ‘hukuman’ kepada golongan maha kaya

Kuala Lumpur: Belanjawan 2025 bersifat propertumbuhan yang sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada kelompok 85 peratus kumpulan berpendapatan terendah atau memberikan tekanan kepada kelompok 15 peratus rakyat berpendapatan tertinggi yang disebut sebagai golongan mahakaya atau T15.

Pengarang Berita Ekonomi BH, Kamarulzaidi Kamis berkata, belanjawan terbesar dalam sejarah itu sebaliknya mempunyai pelbagai inisiatif yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat di negara ini, tanpa mengira status pendapatan.

Beliau berkata, insiatif-inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US